Malam yang tenang seperti biasa di Pontian. Suasana cuma agak bising waktu lepas Maghrib hingga jam 9 setengah, kemudian bergantung jika masih ada yang mahu gila-gila. Siang tadi aku telefon EA Technology & Internet, kedai tempat aku hantar Dell puaka merah XPS M1530 untuk dibaiki MOBO nya. Cina tersebut sekali lagi bertanya pada aku tentang OS asal laptop itu padahal seminggu lebih yang lepas telah aku nyatakan OS nya. Nampak sangat tak pro.RM450 dalam risiko pada nilainya-hangus atau berbaloi.
Hal-hal teknikal untuk PHD buat sementara ini aku(masih) tiada mood lagi menyambungnya. Siapa nak tolong? Cehh.Insya Allah September 2011 nanti aku sambung.Insya Allah. Cadangnya nak cari kerja dulu. Kilang lah. Industri pembinaan di Pontian tak berapa mantap, kecuali di kawasan bandar baru sana. Gaji bawah seribu minima. Heh. Cadangnyalah. Ada master pun kerja kilang je ye dak?
Oh, mula-mula aku nak taip cerita hantu ditampalan ini, tapi teringat masalah MOBO laptop Dell setan merah jadi inilah hasil yang Encik/Jelitawan baca.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment