1-Earth Hour(EH). Kenapa sejam saja? Lebih baik ada daripada tak ada? Statistiknya anda bandingkan dan analisis sendiri. Pada saya-buang masa. Kasar bunyinya. Oklah-buang karan aja.Eh?itu macam sama aja dengan idea bergelap dalam sejam untuk jimatkan karan?
2-Saya tidak menyambutnya. Seingat saya pertama kali mendengar tentang EH ini tahun 2008. Trend sekarang ini dan anda ingat semasa kempen boikot barang Amerika/Yahudi serta hasilnya?(saya menaip menggunakan laptop Dell Latitude C640).Palestin?Iraq?Kenapa tanya pendapat saya(lame man), bukan boleh tanya ulama-ulama dan ustaz/ustazah lain?
3-Rasanya tak perlu saya senaraikan pro dan kontra. Elok kita penuhi masa dengan benda berfaedah seperti berselawat, solat sunat, berbakti pada Ibu Ayah, erat silaturahim dan lagi. Setiap masa kita boleh buat, bukan sejam saja dalam setahun.
4-Teringat Ustaz Farhan menegur tatkala saya mengatakan tak perlulah padang pasir dibangunkan menjadi kawasan agrokultur kalau itu menepati hadis Nabi- tanda kiamat ialah padang pasir menjadi hijau semula(begitulah seingat saya inti hadis itu). Ustaz menegur kalau begitu samalah dengan Yahudi yang meletakkan tiang dibawah batu terapung bagi mengelakkan kiamat terjadi. Pasti terjadinya kiamat pada masa ditetapkan Raja segala raja raja(Allah SWT).
5-Cuma kita seimbangkanlah dengan sunnatullah- jangan melakukan kerosakkan dimuka bumi atau kita termasuk orang yang zalim.
6-Kenapa perlu mengikut kalau kita sendiri boleh berfikir?
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment