1-Ramai saya perhatikan menulis pada Wall FB mengenai status mereka. Macam-macam. Kadang-kadang rasa tak perlu di tulis pun ada juga, terutama berkaitan keperibadian.
2-Saya pula lebih gemar 'update' status FB saya dengan video-video Youtube, gambar foto dan koleksi MS PAINT saya. Rasanya lebih relevan dan tidak terlalu peribadi. Tidaklah mengatakan saya terlalu baik orangnya. Jujurnya saya pernah berkonflik kerana status FB dengan seseorang. Tidak perlu 'detail' disini.
3-Cukup saya katakan- JANGAN TAIP STATUS YANG MEMUALKAN DI FACEBOOK. Definisi memualkan itu pada saya ialah menceritakan hal-hal peribadi yang mengaibkan diri sendiri atau luahan perasaan yang perlu dipantau/difikir sebelum di taip pada 'Wall'. Contoh-''Cilakaaaaaaaaaaa!!!!!!Arghhhhh!!!!!!!!Sial punya mangkuk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Aku dah kena main!!!!!!!'. Contoh.
4-Risiko yang diterima mungkin seperti disalah tafsir dan janganlah sampai digelar 'attention seeker/whore' untuk hal-hal yang terpamir kedangkalan hasil luahan di FB.
5-Gunakan FB untuk beriadah dengan baik. Kalau ada yang terasa, itu bukan niat saya menaip disini.
6- Oh ya, saya kurang minat dengan- 'huhu' atau 'huhuhu' atau 'huhuhuhuh' pada hujung ayat. Kalau perempuan tak mengapalah, ini lelaki pun menggunakannya. Atau saya yang terlalu banyak berfikir? Wallahualam.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment