1- http://assist.usm.my/iklan/upload/-RLKA%20%2801032011%29.pdf Tiada bidang saya namun saya percaya masih boleh memohon kerana berdasarkan pengalaman ada beberapa kenalan yang bertukar bidang mengikut naik taraf kelulusan ijazah. Saya cuba bertanya pendapat beberapa kawan sekursus sarjana dulu dan mereka mencadangkan lebih baik pro pada bidang yang sama kerana 'foundation' dan 'demand' pada bidang terkait kami-pembinaan. Jadi saya perlu bersabar lagi, mungkin.
2-Terfikir juga mudahnya peluang yang ditawarkan oleh UITM pada pelajar mereka kerana permohonan dibuka sentiasa-http://ipsis.uitm.edu.my/scholarship-a-grants/221-uitm-fellowship-scheme.html
3-Jadi 'option' saya ialah meneruskan permohonan ke UTM saja. Adakah doa saya terjawab? Wallahualam. Sekarang cuma perlu pecah kepala memikirkan proposal tesis dan hantar. Insya Allah.
4-Saya fikir elok jika dihantar sekali permohonan pada universiti selain UTM seperti UTHM contohnya sebagai 'backup plan'.
5-Agak terkilan juga kerana hampir setahun sejak tamat Master- rasminya bulan Ogos 2011 nanti baru dikira setahun- saya masih terumbang ambing lagi. Iya. Saya yang salah juga kerana tidak cekap dan lambat mencari info. Pengajaran sangat bermakna.
6-Progres proposal masih jauh daripada siap. Lebih banyak masa terisi dengan benda-benda yang membuang faedah. Saya masih terfikir samada buat dalam BM atau BI, tajuk juga masih kedengaran main-main berlegar pada isu LEAN CONSTRUCTION( tiada skop khusus lagi) dan isu kewangan juga sangat sensitif walaupun yuran PHD tidaklah mahal mana- +_RM3000 semester. Tidak termasuk belanja bulanan didarab minimum 6 semester.
7-Saya percaya UTM adalah pilihan terbaik untuk kelebihan pada kewangan, akomodasi, ketercapaian dan hubungan keluarga berdasarkan kurang 1 jam dari Pontian. Namun Allah SWT memerhati dan mengetahui apa yang lebih baik untuk saya. Alhamdulillah.
8-Moga ada rezeki, tercapai impian hati. Amin.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment