Thursday, March 3, 2011

WARISAN DAN ANGAN


Jangan sekali-kali kiranya melalui akan Allah cintamu (hemah/maksud hati) kepada lainnya. Maka yang Karim itu tiada dapat melangkah akan Dia (oleh) segala angan-angan kepada lainnya dalam sesuatu kerana bahawasanya Yang Karim itu iaitu yang meliputi kepada tiap-tiap kesempurnaan yang dikasihiNya. Maka kurnianya itu amat besar dan janjiNya itu tiada dusta dan tiada redho Ia bahawa engkau mengangkatkan hajat kepada lainnya.


1-Moyang-moyang aku dulu kaya raya. Ada kuli dan aku pernah lihat sekeping gambar(atas) tua tak berapa lama dulu, memang benar, memang ada kuli, 2 orang. Khabarnya duit dibakar buat nyalakan rokok. Tersengih dan terkedu aku mendengar.

2-Zaman orang-orang Melayu dulu masih berjalan kaki berbasikal, Moyang aku dah ada pemandunya sendiri. Yang lawak pemandu tu asyik mengenakan moyang aku tentang kereta Moyang, itu rosak ini rosak, maka asyik keluar duitlah kata Pak Andak aku bercerita masa Raya dulu.

3-Dengar orang-orang tua bercerita memang seronok. Mereka kadang-kadang berbual tentang cerita-cerita lama dalam keluarga. Contohnya ada seorang Datuk saudara, kalau tengah makan, pantang disebut sungai, walau tak sengaja. Kalau disebut putus selera makan. Ada juga yang dari muda bawa ke tua sampai dah beranak pinak, masih tak ada kerja-kerja lagi. Tapi keluarganya cukup makan pakai. Siap kata kalau teringin nak makan apa-apa jenis ikan laut atau sungai, nun di laman rumah, entah siapa atau apa punya kerja, jenis ikan yang disebut tadi menggelitik. Jangan tanya aku apa ilmu itu.

4-Tapi sampai pada generasi aku, yang dapat aku tengok cuma tanah pusaka arwah Atuk (bahagian Arwah semata,untuk adik beradik Arwah aku tak tahu, jarang jumpa). Itu saja warisan yang tinggal. Tapi kalau dicampur mula dari hujung ke hujung tanah Arwah dan seorang lagi adik Arwah yang terletak berhampiran tebing sungai, dapatlah 2 padang bola sepak. Ditapak tersebut juga aku lihat tinggalan rumah besar arwah Moyang. Cawan-cawan antik bersepah-sepah pecah diatas pecahan simen. Belajarlah menabung dan ikutlah hukum Islam. Itulah teladannya.

5-Sekarang, harapnya mula pada generasi aku atau aku sendiri, untuk meneruskan apa-apa yang terhenti. Semuanya atas kehendak Yang Maha Pengasih Maha Suci, Raja segala raja-raja- Allah SWT.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA