1-(I am going to write this in Malay, sorry) Bakat yang diberi adalah tanggungjawab. Itu yang saya pelajari dalam hidup saya. Jika mendatangkan sesuatu yang baik, itu adalah bonus dan redha- Nya seperti pada P.Ramlee.
2-P.Ramlee adalah legenda kita semua. Seluruh nusantara membawa ke seluruh dunia. Namanya begitu besar dan kita perlu akui kita memperlecehkan sumbangannya pada zaman-zaman kejatuhan beliau dahulu. Mungkin generasi saya tidak terlibat sama, tetapi kerana membawa kesinambungan maka saya cantumkan kita semua-perlu bertanggungjawab.
3-Terkilan benar saya tatkala nama sebesar P.Ramlee cuma mampu sekadar menjadi pengacara dimajlis-majlis kahwin sedang waktu Allahyarham mengadap pencipta Nya, seluruh negara berkabung. Apa ini? Kita selalu mendengar seseorang dihargai cuma setelah tinggal nama saja. Sampai bila begini?
4-Hakcipta karya-karya P.Ramlee tidaklah saya tahu figur harganya, namun yang faktanya ia bukan milik Malaysia, sedang kita berbangga menjajakan nama Allahyarham sebagai seniman. Apa ini?
5-Allahyarham meninggal pada usia yang muda, 44 tahun, namun foto-foto dan video wajahnya pada akhir-akhir hayat Allahyarham menampakkan tekanan perasaan pada ruhani jasmani Allahyarham. Tambah terkilan bila dikatakan punca sakit jantung Allahyarham adalah kerana kes saman yang saya tidak tahu fakta penuhnya, soal yang saya bangkitkan disini ialah kegelisahan Allahyarham tentang pendapatannya yang merosot yang membuatkan Allahyarham tertekan ditambah lagi kes saman.
p/s-kredit untuk tenaga belakang tabir dan mereka-mereka yang terlibat. Tahniah. Al Fatihah untuk Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment