1-Sabar itu separuh daripada iman. Separuh lagi? Amal ibadat?Saya tak pasti apa sebahagian lagi itu. Sabar dan itu separuh daripada iman. Besar sabar itu. Besar juga agaknya faedahnya. Saya tak pasti. Maaf.
2-Sabar itu paling susah dihasilkan. Ketidaksabaran paling senang jadi.
3-Semasa tahun 1996, waktu saya dalam darjah 4 Merah, saya lihat dalam bulan puasa, seorang Cikgu yang sangat 'cool' dengan saya terbatal puasa bila beliau menendang meja seorang kawan saya kerana marah bila pesan beliau pada kawan saya itu tidak dibuat kawan tadi, yang terkenal dengan selalu tidak siap kerja rumah. Zaman sekarang buat begitu, esok satu negara kecoh. Cikgu itu tetap 'cool' dan sangat-sangat saya hormati. Lebih saya hormat daripada golongan cikgu pilih kasih yang berleluasa.
4-Sabar. Saya tak punya tahap sabar yang tinggi. Di USM, satu petang saya ke Kompleks Bukit Jambul. Berjalan-jalan keseorangan memandangkan saya bukan kaki perempuan. Bertemu mesin ATM lalu teringat kekurangan wang,maka dijolok saya mesin tersebut. Tiada amaun yang saya perlukan. Saya tepuk mesin tersebut dibahagian atas. Kuat-kuat. Mat-mat Indon melihat dengan muka cuak.
5-Tahap sabar saya berbeza dengan tahap orang yang saya jumpa. Selalu tiada keseimbangan yang khusus tergantung mood saya. Biasanya mangsa saya ialah kucing-kucing dirumah.
6-Kesal adalah hasil ketidaksabaran.
7-Teringat sebuah cerita, nasihat seorang ayah pada anaknya yang pembengis tapi cepat sejuk. Begini: tiap kali si anak naik marah, ambil paku dan ketuk di dinding kayu bagi setiap satu kemarahannya sama dengan sebatang paku diketuk.
Lakukan setiap kali marah. Syahdan penuhlah dinding dengan paku-paku. Ayah kemudian menyuruh anaknya mencabut semua paku itu. Apa yang tinggal kesan lubang-lubang paku yang hodoh diatas atas dinding kayu.
Begitulah akibat marah, walau kemudian kita rasa kesal, kehodohan hasil kemarahan itu tetap terlihat seperti bekas ketukan paku itu tadi.
8-Kata seorang penting pada saya-kerana mulut badan binasa. Ya, saya sedang dalam mode self destruction.
9-Saya amalkan zikir Ya Latif dan Ya Rahman Ya Rahim, kesabaran saya masih tetap tidak kekal lama. Saya telah sedar, egonya saya sebagai manusia.
10-Cuma harap saya pada Allah SWT masih tinggi.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment