Sunday, May 8, 2011

Catatan dari Fallen Forest

Letak motor tepi jalan, bawah pokok.

Awe sedang menonton TV. Asyik betul. Kalau tidak dari jauh dah cakap 'Nasi goreng ayam, nasi lebih' setiap kali nampak kelibat aku.

'We, biasa' kataku sambil duduk.

Tiada pelanggan lain dikedai. Aku lebih selesa begini. Order cepat siap, cepat balik, cepat makan. Tapi itu kalau berseorangan, kalau ada kawan lebih baik lepak-lepak dulu. Kawan yang aku rapat la, kalau sekadar budak-budak baru nak naik, aku pun terasa malas menunggu.

Awe memandang ke arahku, 'Berehhhh' katanya.

'Boh(bos), minum apa?' laung Awe dari dalam, sekaligus ruang dapur sebelah kanan dalam kedai.

'Bungkus makan je' jawabku mengimbangi desibel laungan Awe.

Beginilah kebiasaannya. Harap-harap esok lusa datang nafas baru. Aku pun nak berubah juga. Hidup yang statik memang bosan.

Oh ya, seorang kenalan baru kehilangan Nenek beliau, Al Fatihah.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA