Pada penghujung 80an, Metallica telah menemui kebuntuan kreativiti mereka. Dengan album Black (‘Metallica’) kemudiannya, mereka merempuhi segala batasan yang taboo pada genre mereka (asalnya), membuat rekod yang meletup ditangga carta dan menjadikan mereka aksi metal terbesar sepanjang zaman.
Ia menjadi satu kenyataan yang umum- ‘Metallica’ telah menjadi aspirasi ramai melalui karier mereka- album yang tidak saja sekadar menandakan tahap kreativiti tertinggi tetapi juga memecah tembok perdana( komersial).
Album ini menandakan pengakhiran satu era pada masa grunge dan rock alternative mula mengambil tempat pada awal-awal 90 an.
Ia adalah album ke 5 Metallica, dengan tajuk yang sama. Dikeluarkan pada 1991, dikenali sebagai Black Album, kerana cover art yang minimalnya;- kelabu-atas hitam. Apa pun panggilan album itu, ia adalah satu tanda kenaikkan aras pada profil Metallica sendiri- James Hetfield, Kirk Hammett, Jason Newsted dan Lars Ulrich.
‘Bila anda mengalami sendiri semua kejayaan yang dah kami capai, automatik anda dah tahu apa rasanya. Jadi tiba masanya untuk bergerak.’ James Hetfield.
Daripada kelompok metal membawa ke era kejayaan komersial antarabangsa dan menjadi Superstar.
Walaupun Black Album juga menandakan pengakhiran era Metal, ia menjadi batu tanda pada Metallica sendiri, pada karier dan muzik mereka. Album sebelumnya …. And Justice for All dikatakan Metallica telah kekeringan idea. Album ‘Justice’ itu menampilkan muka baru Jason Newsted dan paling ketara-tanpa Cliff Burton, yang meninggal dunia dalam kemalangan bas pada 1986. Memang ‘Justice’ menjadi album tahap Platinum pertama mereka, tapi ia juga album yang paling mengecewakan pada Metallica sendiri.
Kecuali lagu ‘One’-pengisahan kebisuan, kebutaan, kecacatan seorang askar yang terperangkap dalam koma- semua lagu dalam ‘Justice’ dikatakan gagal dalam sudut artistik, tidak seperti album sebelumnya- Master of Puppets yang dianggap salah satu daripada album terbaik Metallica.
Pada penghujung 18 bulan tour mereka pada 1989, Metallica dianggap kumpulan terbaik dalam kelompok metal generasi baru. Pencalonan Grammy untuk Aksi Heavy Metal Terbaik membuktikan industri muzik telah mengenali mereka, disamping jutaan lagi peminat diseluruh dunia.
Tapi muzikaliti, Metallica dalam keadaan tenat.
Hammett berkata- ‘Waktu tour ‘Justice’, kami menyedari pendapat ramai mengatakan lagu-lagu dalam album tu terlalu panjang. Satu malam waktu habis persembahan, lepas bermain 9 minit durasi untuk lagu terakhir daripada ‘Justice’, salah seorang daripada kami berkata, ‘Dah, tadi kali penghabisan kita main lagu tu!!’
Tidak seperti kebanyakkan kumpulan, yang biasanya meneruskan jalan yang sama, Metallica mengambil keputusan untuk album seterusnya, mereka mahu sesuatu yang berlainan- bermula dengan Penerbit.
Penerbit berketurunan Denmark, Flemming Rasmussen telah bekerja dengan dengan mereka pada album ‘Justice’ dan 3 album terawal; Master of Puppets, Ride the Lightning dan Kill’ Em All. Penglibatan Flemming lebih sebagai fasilitator, seseorang yang meneruskan arah yang diambil daripada pemuzik.
Sekarang yang diperlukan Metallica ialah, seperti dikatakan Hammett ‘Hal yang berkaitan visi’. Mereka menemui apa yang dihajati dengan Bob Rock,seorang penerbit yang dikatakan, tanpa segan-segan lagi, pemikiran terlalu komersial, dan juga seorang pakar dalam hal-hal studio yang pernah bekerjasama dengan Motley Crue (Dr Feelgood) dan Cult( Sonic Temple), memberikan grup-grup tersebut kejayaan terbesar dalam karier mereka. Namun resume Bob yang begitulah yang menarik perhatian, Hetfield dan pembuat polisi utama- Ulrich.
Pemilihan Bob Rock mungkin inisiatif paling radikal dibuat Metallica. Ulrich menerangkan hal ini kemudiannya, waktu grup ini sibuk merakam di studio One on One di North Hollywood.
‘Kami rasakan dah sampai masa untuk rekod sesuatu yang besar, berisi siap dengan ‘fat low end.’
Ulrich lalu menyambung lagi ‘Dan untuk mencapai visi rekod begitu, kami dapati album-album dalam tahun-tahun sebelum ini- bukan lagu tetapi bunyi keseluruhan- ialah album Dr Feelgood. Jadi kami katakan pada pengurus kami ‘Telefon mamat ni dan tanya dia nak mix kan ke tidak untuk album akan datang( Black Album)’.
‘Pengurus kami kemudian datang balik dan katakan, yang mamat tu bukan saja setuju untuk mix tapi dia juga dah lihat persembahan live kami. Dia suka sangat dengan kami dan nak sangat terbitkan album kami.’
‘Kami waktu tu macam, eh kami ni Metallica la, takda orang lain boleh cakap apa-apa pun tentang muzik kami dan beritahu apa benda nak dibuat!’
‘Tapi beberapa hari lepas tu, kami berfikir semula dan kata okaylah, kita cuba rilek sikit dan bagi peluang kat mamat tu. Kan nama dia Bob Rock kan, eh Rock tu, jadi boleh kot?’
Satu perjumpaan kemudiannya diadakan di rumah Penerbit itu di Vancouver, Canada.
Ulrich menyambung lagi, ‘Kami tengah duduk-duduk dan kata ‘Eh Bob, kami tahu kami dah buat album-album yang bagus, tapi dalam 3 tahun ni kami nak rekod sesuatu yang lebih kental dan ada banyak groove.’
Bob menjawab, ‘Masa aku tengok persembahan live kamu dan dengar rekod kamu,aku terfikir kamu tak dapat sikit pun tangkap apa yang kamu buat waktu live kamu masuk ke dalam album-album kamu.’
Metallica bersetuju dengan kenyataan Bob Rock .
Daripada itu Metallica membuka teritori ego mereka dan mahu melihat bagaimana kolaborasi ini akan membawa mereka ke arah mana.
Bila Hetfield dan Ulrich memainkan untuk Rock sebuah demo yang dirakamkan pada musim panas tahun 1990 di studio rumah Ulrich, Bob jadi sangat gembira dan bersetuju meninggalkan sementara Vancouver dan merekod untuk Metallica di Los Angeles. Bob jadi sebegitu gembira sebaik mendengar trek ‘Sad but True’
‘Bob dah macam, Wow!!! Ini lah Kashmir (sebuah lagu hits oleh Led Zeppelin di tahun 70an) untuk 90an!!’ kata Ulrich.
‘ Aku tengok James kemudian dan kami berdua berfikir- orang tua ni(Bob) baru je dengar satu trek gitar dengan dram, dan melodi vokal yang cuma bunyi na na na…?’ gelak Ulrich kemudiannya.
‘Lepas saja kami bagi dengar Bob demo tu tadi, suasana dah mula hidup. Kami terbangkan Bob ke sini, studio One on One, dan dalam bilik ini, dekat dengan mesin tu, aku mainkan lagi 2 ke 3 lagi lagu dan, BOOOMM!! Dari situ, ok kita dah boleh jalan (kerjasama Bob Rock dan Metallica).’
TBC
No comments:
Post a Comment