1-Berfikir diluar kotak. Think outside the box. Saya didedahkan konsep ini di USM pada 2007 dahulu.
2-Tambah menarik waktu mengikuti kelas Teknik Berfikir, pensyarah saya Dr Rodzi menceritakan riwayat Rasulullah saw yang begitu bijaksana. Jika anda berjaya menawan seorang musuh dan mahu tahu berapa ramai kekuatan musuh (bilangan tentera), apa anda lakukan?Boleh jawab diruangan komen.
3-Satu lagi cerita yang berkait dengan pemikiran diluar kotak ini ialah perdebatan Imam Shafie dan Ad Dahri. Menarik benar jika diteliti perdebatan mereka. Hanya menggunakan unsur disekeliling Imam Shafie berjaya mengalahkan Dahri yang menyombong sampai ke langit.
4-Oh ya telah ada baru-baru ini berlegar diinternet dan baru saja saya lihat di FB, perdebatan seorang pelajar Kristian dan Professor atheis beliau. Lebih kurang konsep yang digunakan Imam Shafie. Dan dikatakan pelajar Kristian itu ialah Albert Einstein. Hei, Einstein ialah seorang Yahudi beragama Yahudi cuma tidak mempraktiskan ajaran Yahudi walau saya tidak menolak kepercayaan Einstein masih mahu percaya pada Tuhan. Faham maksud saya?
5-Begitulah. Saya cuba aplikasi pemikiran ini tambah lagi saya seorang 'dyslexic', yang proses pemikiran akan cuba memberikan hasil berbeza. Wallahualam.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment