Model Les Paul custom. Joe Wings antara yang mahsyur menggunakannya
1-Kemudahan internet membantu pengetahuan/ informasi/ maklumat dll tersangat mudah. Seperti mengetahui hakikat adanya zarah yang dilihat sangat kecil hingga perlu alat bantu penglihatan, hakikatnya jika dilanggar zarah itu- NUKLEAR. Subhanallah.
2-Saya mahu jika boleh, memberi sedikit ilmu berkaitan pengenalan dan pembezaan gitar-gitar terutama Gibson Les Paul pelbagai model yang mungkin memasukkan bakal pembeli dalam statistik tertipu membeli gitar palsu, paling celaka (dengan keizinan) jika membayar harga premium.
Model Les Paul Standard Flame top. Ini idaman utama saya. 'Burst color' pastinya
3-Saya mulakan dengan sebuah cerita- di Pontian Johor pada tahun 2004/2005 dahulu, seorang penduduk kami tidak mengetahui apa yang dalam pemilikannya, maksud saya nilai barang miliknya itu. Sebuah gitar.4-Tidak diketahui apa sebabnya, beliau ini mahu menjual gitar tersebut pada sebuah kedai. RM300.00(tiga ratus Ringgit Malaysia sahaja). Anda mahu tahu apa gitar yang dijual? Gibson Les Paul original USA. Model apa saya tidak pasti. Sumber cerita ini saya dengar daripada seorang abang sepupu saya yang terlibat dalam bidang audio disekitar Pontian dan daerahnya.
Model Les Paul Studio
5-Anggaran harga Gibson Les Paul Studio bermula dalam RM3000-4000(anggaran saya), model Standard RM14,000(ini saya lihat di Evo Music, Penang), model Custom RM15,000-25,000. Bukan harga rasmi. Ini anggaran saya untuk memberi anda pengetahuan berapa nilai sebenar gitar ini. MAHAL.6-To the next posting, later. Insya Allah.
p/s-saya memang peminat Gibson Les Paul.
No comments:
Post a Comment