Tuesday, October 11, 2011

Watak watak dalam 'universe' gitar 4

Roy Buchanan

1-Pertama kali saya mengetahui tentang Mendiang Roy Buchanan ialah melalui Majalah Gitar & Bass terbitan ROTTW Network. Saya terus berminat dengan Mendiang apabila mendengar permainan gitarnya dalam 'The Messiah will come again' versi 'live'.



2-Mendiang dikatakan seorang pakar mengawal gitar Fender Telecaster, terutama teknik kawalan 'volume'. Permainan beliau penuh perasaan dan mampu membuai kita memahami kesayuan dalam teknik gitar beliau.

3-Seorang yang tidak terlalu teknikal tapi masih dalam kategori 'maestro'. Mengikut Jason Becker(Cacophony, David Lee Roth Band), Mendiang masih menggunakan bunyi 'distort' tapi tidak terlalu kental.

4-Gitar Telecaster warna alami dan 'pickguard' hitam yang dinamakan 'Nancy' adalah gitar kesayangan Mendiang. Sebelum kematiannya, Mendiang menggunakan gitar 'custom' yang dibuat Fritz Bro dan jika anda rajin mencari, dalam 1 video Mendiang menggunakan sebuah ESP Telecaster 'style' dengan konfigurasi 'pickup' EMG.

5-Karier Mendiang agak menjunam menjelang akhir hayatnya dengan tawaran merakam yang jarang. Menariknya Mendiang pernah ditawarkan menjadi gitaris kumpulan legenda Rolling Stone namun menolaknya kerana tidak berminat dan tidak mengetahui katalog lagu-lagu Stone.

6-Genre muzik Mendiang ialah 'blues' dan 'country' dan lebih kuat pada instrumental muzik. Teknik beliau yang paling terkenal ialah 'chicken picking' yang juga banyak digunakan pemuzik 'country'.

7-Malam terakhir beliau didunia, beliau ditahan polis kerana kesalahan mabuk dan dimasukkan ke penjara. Esoknya dalam sel kurungan, beliau ditemui tergantung. Keluarga beliau menafikan beliau sanggup bertindak begitu melainkan ada tekanan faktor luar.

8-Beliau digelar 'guitarist guitarist'

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA