1-Manusia punya asa Tuhan punya kuasa- satu quote daripada terjemahan autobigrafi Gandhi yang paling saya gemari. Jangan terperanjat jika anda terbaca transkrip perbualan Gandhi dengan seorang rakannya yang diganggu kanak-kanak Inggeris. Kedengaran vulgar sedang maksudnya tidak. "Mereka melancapi andakah?". Tidak percaya sila cari dan baca sendiri. Koleksi saya sendiri entah ke mana terselit setelah saya menyambung ke USM. Oh, ini introduksi untuk tampalan ini.
2-Ada beberapa blogger serius yang membincangkan PPSMI. Pendapat saya ialah kuasai Bahasa Inggeris dan perkukuhkan Bahasa Melayu bahasa Ibunda kita. Pengalaman saya ialah Bahasa Inggeris memudahkan kerja dan dalam masa yang sama saya berangan-angan wujudnya lebih banyak ilmu pengetahuan dalam Bahasa Melayu. Itu juga antara tujuan tampalan saya tentang perbezaan asli dan palsu gitar Gibson Les Paul. Sekurang-kurangnya saya ada 1 hobi sampingan untuk faedah yang mahu mencari.
3- Saya dapati adik bongsu saya yang berada dalam era PPSMI tidaklah begitu bermasalah, cuma terfikir juga dilema pelajar lain yang kekurangan sedikit dalam penguasaan bahasa antarabangsa itu. Tapi di FB saya perhatikan Bahasa Melayu telah berevolusi ke tahap beruk menjadi beruk semula (sinikal), contoh- . Anda perlukan Google Translate?
4-Kelakarnya jika dibincangkan tentang PPSMI ini adalah lebih banyak komen menjatuhkan maruah pihak yang berdebat daripada membincangkan fokus PPSMI itu sendiri. Tapi perlu lagi kita dalam bermasyarakat seorang Hang Jebat. Jika anda faham. Saya? Hang Kebun(diam diam ubi, besar boleh bakar kongsi makan).
EDU-kasi: Anak Angkatku, Mohd Aiman
3 days ago
2 comments:
suratkabor Berita Harian Isnin (8/11) ada satu komentari menarik. Penulis adalah pembantah PPSMI. Katanya, yang sokong PPSMI tu patut cadang buat dua aliran je kat Malaysia: BM dan BI. Bantahan mereka tak adil kerana tidak berkata apa2 pada sekolah Cina & Tamil. Sekolah Cina dan Tamil patut mansuh terus.
Yes, indeed. 1Malaysia 1Sekolah.
Post a Comment