Wednesday, November 30, 2011

Makan

1-Kebanyakkan golongan pelajar , terutama Bumiputera, dikategorikan lebih miskin daripada kategori dibawah garis kemiskinan (MFT,2006), kerana
  • Hidup dengan wang dalam julat tidak melebihi RM500 sebulan atau kurang(terutama dikawasan yang kos hidup tinggi seperti di Penang).
  • Ada yang meminjam untuk membayar hutang yang dipinjam (gali lubang tutup lubang)
  • Ada yang bergolok gadai berjimat cermat (kebanyakkan berjimat untuk membeli gajet dan bercuti)
  • Ada yang memakan maggi sebungkus dipatah dua, sepatah untuk siang ,sepatah untuk malam (cerita benar seorang Pensyarah Arkitek)
  • Dan lain-lain.
2-Waktu saya di USM dulu, Alhamdulillah keperluan saya cukup. Tidaklah mewah tetapi jarang berlapar. Emak saya sentiasa bertanya keperluan saya setiap minggu. Ayah saya juga jenis tidak berkira wang sangat kerana faham anaknya ini jenis kuat makan.Tinggi 180 cm dan berat 120 kg. Orang Johor kata 'sihat' badan.

3-Diperhatikan ramai kawan-kawan yang mengikat perut mereka. Waktu makan agak berkira namun kemudian saya dapati banyak wang mereka dialirkan pada rokok, belanja kekasih, berpoya-poya, membeli hanset dan lain-lain. Biarkan. Wang mereka.

4-Ada juga yang saya dapati memang berjimat cermat terutama seorang kawan dari Samarahan Sarawak yang keluarganya berpendapatan sederhana. Kerja kampung. Cuma ada sekali cerita kelakar berkenaan kawan saya ini- memilih untuk membeli maggi atau rokok sebatang. Duit cuma ada ngam-ngam saja. Dibelinya rokok.

5-Golongan pelajar adalah nokturnal. Waktu malam adalah waktu perut berfungsi setelah siangnya otak difungsikan. Jam selepas 12 tengah malam dirasakan 'malam masih muda', maka berbondonglah keluar ke kedai makan atau restoran atau tempat tempat eksklusif (saya kata ekslusif sebab pada saya satu kepala RM20 untuk buffet adalah mahal. Pada sayalah. Di tempat saya jarang ada buffet.)

6-Kebanyakkan kawan saya menyimpan stok makanan ringan dibilik. Biskut, roti, maggi dan lain-lain. Ada yang berjualan makanan. Sikit haru bila bilik asrama jadi dapur memasak. Penuh bau bawang. Ada kawan Kristian dari Sabah siap beli dapur lagi. Asid masakan penuh berselirat diceruk dinding. Sedap juga rasanya. Halal. Sebab dapur kongsi beli dengan rakan Sabah yang Islam. Kalau non Muslim nak makan yang haram seperti babi golek, mereka makan diluar.

7-Saya ingat di USM dulu waktu jualan pasar malam. Satu di depan Tesco Mart Sungai 2 (Sabtu), Taman Tun Sardon (Rabu tak silap) dan satu lagi sepanjang jalan ke Queensbay Mall. Ada lagi tempat lain, cuma saya jarang merayap.

8-Bulan Puasa, maka depan RST dan Gate Sungai Dua akan dibuat bazar Ramadhan. Boleh juga berjalan-jalan melihat air minuman pelbagai warna. Menu saya tak kira bulan Puasa atau tidak ialah Nasi Kandar.

9-Nasi kandar is legend. Saya tak nak cerita lebih sebab dah terliur sangat-sangat. Sekarang di Batu Pahat di Parit Raja ada juga restoran mamak mengiklankan nasi kandar. Tapi saya melihat pada signboard itu dengan rasa tidak yakin. Nantilah saya cuba.


No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA