Friday, December 23, 2011

Mencari artis filem seram dan komedi Hong Kong 80/90an



Saya peminat filem filem seram Hong Kong tahun 80 an hingga ke 90 an. Kita tahukan cerita hantu Cina yang melompat lompat? Selain elemen seram, komedinya yang membuatkan hati terpaut.

Masalahnya ialah kefahaman bahasa, kerana saya tidak memahami Bahasa Cina, yang sehingga sekarang saya tidak tahu beza Kantonis, Mandarin, Hainan dll, maka saya hanya berpandukan pada subtitle yang kita tahu kadang berterabur.

Sekarang saya mula tercari-cari nama pelakon pelakon Hong Kong yang pernah menghiburkan saya dan kita semua dahulu. Cuma dimana mahu bermula?

 Antara foto muka kelakar ngeri yang popular di internet. Siapakah nama beliau? Saya tahu saya pernah nampak lakonan beliau sebelum ini. Cuma tiada hujung pangkal untuk mula mencari profil beliau.


L-R  Richard Ng, Eric Tsang, Charlie Chin, Samo Hung dan Stanley Fung


 Stanley Fung, antara wajah yang familiar buat peminat cerita komedi Hong Kong.

Di internet memang ada, cuma kita mahu bermula daripada mana? Maksud saya katakan saya mahu mencari nama seorang pelakon jelita dalam filem A Chinese Ghost Stories, mungkin mudah kerana tahu tajuk Bahasa Inggerisnya, tapi kalau tajuknya pun tidak tahu? Kes beli CD cetak rompak yang cover tajuk cerita cuma Bahasa Cina saja.


Richard Ng. Seingat saya beliau pernah membintangi sitkom Under One Roof di TV5 Singapura dahulu.

Jat Fei Wong, mungkin wajah komedi beliau yang telah menaikkan beliau.


Kadang kadang bila melakukan carian di internet dan mengetahui pelakon yang diminati telah meninggal dunia, terasa sebak juga. 
Mendiang Bill Tung. Filem beliau yang saya tahu tajuknya ialah Look Out, Officer! lakonan bersama Stephen Chow.


Mendiang David Tsui. Watak antagonis yang kelakar.

Paul Chun. Saya pernah menonton filem lakonan beliau tanpa mengetahui butir bicara dituturkan, nama watak dan nama pelakon sendiri, dahulu. Sekarang dengan Google, jika bernasib baik, mungkin dapat mengetahui maklumat pelakon yang dulunya cuma wajah saja yang saya tahu.

L-R Anthony Chan dan Wuma. Rasanya wajah versatil Wuma lebih banyak kita dapat lihat dalam pelbagai filem. Antony Chan pula saya kurang pasti.


Mendiang Ricky Hui. Ingat watak anak murid Sifu dalam Mr Vampire (lakonan Mendiang Lam Ching Ying). Wajah beliau yang mampu membuatkan kita berasa senang hati dan nak tergelak. Baru saja meninggal pada November lepas.


Pasti ramai yang familiar muka Pendeta Tao diatas.Mendiang Lam Ching Ying. Terkenal dengan francais cerita Mr Vampire. Saya mati mati ingat beliau masih aktif berlakon sampai sekarang. Rupa-rupanya Mendiang dah lama meninggal kerana kanser pada 1997.

Ng Man Tat. Beliau semakin tua jika anda Google. Terkenal dengan filem filem slapstik bersama Stephen Chow. Seorang sepupu tua saya muka sebiji macam beliau.


Mendiang Lydia Shum. Kita pasti akan mengingati watak makcik mulut kecoh dengan fesyen rambut gerbang. Di Singapura dahulu ada sitkom Living with Lydia.

4 comments:

Unknown said...

hai...apa tajuk filem lakonan wuma tu?

MFTAQIYUDDIN said...

Itu Mr.Vampire tu. Nombor berapa filemnya saya tak ingat. Tak silap latarbelakang ceritanya ialah Wuma dan anak murid lelakinya berjiran dengan seorang lagi pendeta Tao dan anak murid perempuannya.

Kedua duanya, Wuma dan pendeta tadi, tak ngam. Sampailah keadaan memuncak bila ada Pontianak loncat menyerang mereka.

Eheh tulis sinopsis pula.

ansar allah said...

sy tgh mencari tajuk filem seram komedi cina...yg mengisahkan bbrape shabat yg menaiki semua feri/kapal utk percutian...tapi dlm perjalanan tersebut, kapal tersebut mengalami masalah teknikal...anak kapal yg bertugas mula turun ke bawah, utk memeriksa enjin..tp malangnya dia mati dlm insiden terkena renjatan elektrik...maka di situlah bermula kisah seram komedinya...ade sesiapa yg tahu...tlg habaq mai..

Unknown said...

Mr vampire saga 4

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA