1-Pengajaran saya terima selepas usai perjumpaan bersama SV dan senior PhD saya tengahari hari ini ialah jangan biarkan skop kajian berkembang luas jauh jauh. Hingga menimbulkan kekeliruan.
2-Semakin banyak membaca sepatutnya semakin luas pengetahuan. Dalam kes saya, semakin banyak jurnal dan bahan bacaan dibaca semakin banyak kekeliruan. Mudahnya-To cover all bases is impossible in PhD with the constraints of time, money and etc.
3-Saya juga perlu menilai semula samada pembacaan saya itu benar tepatkah menepati kajian saya? Kata kunci yang ditemui tidak semestinya yang saya perlukan dalam satu satu jurnal. Trickiest part?
4-SV saya meminta saya cuti berfikir panjang panjang dan cari 1 topik yang firm untuk saya ketengahkan pada perjumpaan akan datang. Senior PhD saya juga dalam konsep yang sama. Take it easy.
5-Antara kesilapan saya ialah meminta pendapat mereka yang sebenarnya tidak berkait walaupun dalam bidang yang sama; penyelidikan. Macam macam diperkatakan dan saya tidak menjaring informasi diberikan mereka ini. Saya tidak salahkan mereka kerana saya 'memerlukan' kesalahan ini. Agar tidak berulang.
6-Senior PhD juga meminta saya mengenalpasti adakah data yang dikumpulkan kelak mudah diperolehi? Dalam bidang kami yang tidak merumahkan makmal, kami akan berhadapan dengan kerenah individu, birokrasi dan kerahsiaan. Maka mudahkah mendapatkan data begitu?Critical thinking.
7-Masuk gear 2.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment