Tuesday, December 13, 2011

SATU


1-Seorang pelajar PhD telah menilai semula nilai angka nombor 1 baru baru ini. Pemerhatian beliau berdasarkan kerja kerja yang dilakukan beliau. Beliau membahagikan kerja tersebut kepada- light, medium, heavy dan very heavy. Semuanya untuk 1 kajian 1 tesis.

2-Setakat ini kerja yang dibahagikan kepada kategori-light, mengikut pelajar tersebut ialah memikirkan cara cara terbaik memanjangkan lagi tempoh pinjaman buku-buku perpustakaan. Hal ini kerana pelajar cuba mengoptimumkan nilai pembangunan pembinaan perpustakaan yang dijangka ratusan juta. Banyak lagi peluang untuk peningkatan tahap profesionalisma di perpustakaan.


3-Untuk kategori medium, agak mendominasi. Antara kerja kategori ini ialah  memasuki website perpustakaan universiti sendiri dengan khidmat laman proksi kerana cara konvensional tidak berhasil. Telah ditanya pada Jurutera I.T- Dilbert berkenaan punca dan penyelesaian hal ini. Jawapan diterima ialah Dilbert menyalahkan pekerja disebelah cubicle beliau. Rasionalnya menurut Dilbert pada masa dahulu beliau pernah memikirkan dan cuba menyelesaikan masalah yang lebih kurang sama dengan sistem HR syarikat beliau (kerana mahukan kenaikkan gaji lebih pada masa itu), namun pekerja disebelah cubicle beliau telah tidak sengaja terpadamkan BIOS seluruh komputer pejabat sewaktu belajar melayari E Bay. Duh.


4-Antara kerja kategori-medium ini yang lain ialah mencari artikel daripada jurnal jurnal, dikategorikan kemudian dicetak. Setakat ini ukuran ketebalan artikel yang dicetak mungkin melebihi ketebalan 4 bungkus kertas cetakan IK Yellow 450 sheets. Ini tidak termasuk membaca dan mencabar isi artikel tersebut.

5-Kategori heavy ialah berjumpa, berbincang dan menerangkan pada Penyelia, dan 2 senior PhD. Tahap mereka mereka ini umpama langit dan bumi berbanding pelajar tadi. Kategori ini juga merupakan cabaran terbesar sekali.

6-Very heavy pula ialah bertarung nyawa disepanjang Jalan Kluang Batu Pahat setiap hari waktu mahu ke universiti. Pelajar meletakkan ini sebagai kerja kerana jika ini tidak dilakukan maka kerja kerja lain tidak dapat disiapkan. Kerja ini tidak memberi tambah nilai pada tesis yang dihasilkan namun perlu dilakukan.

7-Tahap penggunaan jalan ini adalah sangat tinggi hingga pernah kedengaran kenyataan jalan ini adalah antara jalan paling bahaya dalam Asia. Aduan telah ditampal pada Wall Facebook Perdana Menteri dan Menteri Kerja Raya, terutama keperluan pemasangan lampu untuk kegunaan pada waktu malam. Ini kerana jalan tersebut sudahlah 9 tahun masih tidak siap-siap, ia gelap gelita dan banyak pula halangan-halangan daripada kerja pembinaan yang dijalankan seperti-kon pembahagi jalan plastik/batu, pasir kerikil debu, jentera jentera pembinaan, bahan buangan pembinaan dan lain lain.

8-Semua ini demi 1 penyelidikan menghasilkan 1 tesis berseorangan. Berpeluh juga rasanya. Ya Allah Ya Allah Ya Allah, bantulah.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA