Dirakam menggunakan Nokia N70 relic saya dan instrumen Ibanez RT series dan Roland Microcube.
Saya fikir progresi kord Paris ini hampir sama dengan lagu Di Penjara Janji Awie. Terasa mahu parodikan kedua lagu ini nanti.
Teringat biografi Ace Frehley- No Regrets yang tidak saja mementingkan muzik dimainkan malahan cara penyampaian persembahan.
Saya kira kalau terlalu serius persembahan itu mungkin akan mendatangkan tekanan pada 'performer' itu sendiri. Dengan sedikit kreativiti dalam persembahan, ia boleh mendatangkan nilai tambah untuk elemen suspen.
Contoh bila saya terbaca, iya terbaca, dalam ROTTW bila kumpulan XPDC memainkan 'Apa nak dikata', Izo berhenti ditengah persembahan dan menanti reaksi penonton.
Para penonton mengeluh dan secepat kilat Izo menyambung riff beliau, itulah saat paling meriah dalam persembahan tersebut.
Atau teknik infinite sustain (feedback) yang digunakan Gary Moore dalam persembahan 'live' lagu Paris ini.
Dalam rakamana diatas saya cuba emulate feedback tersebut tanpa bantuan multi efek saya, memang tidak begitu berhasil.
Dalam multiefek Zoom G2.1 u saya ada saya simpan 2 preset semata mata untuk feedback ini saja.
They said I never have a formal training ,but I did. My teacher is Hendrix, Townsend etc. I have the best teachers in the whole world!! (Ace Frehley)
No comments:
Post a Comment