Wednesday, January 4, 2012

Gear lever

1-Yamaha TZM pernah mendatangkan fenomena kepada ramai peminat motorsikal. Rupa bentuknya yang menyerupai replika motor motor berkuasa 1000cc mampu menghasilkan adrenalin untuk membelinya, pada zaman kemuncaknya dahulu.

2-Perubahan zaman berlaku, TZM telah tidak begitu popular lagi terutama dikalangan anak anak muda. Bagi mereka RXZ atau LC 135 lebih menarik perhatian. Atau motor motor lain keluaran Honda, Modenas, Suzuki dan Kawasaki.

3-Jadi semalam (Selasa) TZM saya mengalami 2 masalah/kerosakkan pada tuil gear. Pertama bunyi pelik daripada bahagian depan motor (fork dan rim). Kedengaran seperti sesuatu 'part' yang longgar dan bergeser geser halus dan nyaring. Kuat bunyinya. Kebetulan minggu lepas, saya terlanggar lubang yang dalam di jalan Benut hala ke Pontian. Saya syak 'ball bearing'.

4-Yang kedua-gear lever/ tuil gear; ada 2 sambungan iaitu satu berhampiran hujung tumit (B) dan satu lagi dihujung ibu jari kaki (A) . Yang bermasalah ialah dibahagian hujung tumit tadi (B). Jadi perlu diganti 2 bahagian disini iaitu- 1 set 'gear lever' dan 'stand motor'.

 Lukisan Kejuruteraan Gear Lever/Tuil Gear

5-Kalau tidak ditukar maknanya saya cuma boleh menggunakan gear satu saja sepanjang perjalanan mahu ke mana-mana. Gunakan gear 1 saja di atas Jalan Kluang Batu Pahat samalah meminta mati cepat. Mujur dibuat jalan tambahan bersebelahan Jalan Kluang Batu Pahat ke Taman Universiti berhampiran.

 Jalan Kluang Batu Pahat

6-Bahagian tersebut rosak kerana di' tukul' batang besi 'stand' motor. Ini dikesan melalui rekahan pada batang besi 'stand' motor menjadikan ia lari daripada kelurusan yang sepatutnya sekaligus 'menukul' bahagian tuil gear yang disebut tadi.


Yang berwarna hitam panjang itu 'stand' TZM saya. Efek kuning itu menandakan bunyi berdenting besi berlaga dengan point B bila 'stand' dinaikkan.


7-Isunya disini memandangkan saya orang baru di Parit Raja, Batu Pahat disini, terasa teruk juga mencari bengkel yang sesuai (Bumiputera, alat gantian yang cukup dan harga patut). Saya pergi ke sebuah bengkel Melayu kita dahulu dengan niat mereka boleh membantu. Sampai ke bengkel, saya melihat 3 orang sedang berbual, seorang sedang duduk di kerusi.

8-Mana satu pekerja dan mana satu bos? Saya tidak mahu menganggu mereka yang berbual jadi saya cuba menghampiri yang duduk dikerusi tadi. Terus saya disapa salah seorang yang berbual tadi dan saya menerangkan masalah bahagian depan TZM yang berbunyi. Dibuat analisis kemungkinan 'ball bearing' pecah. Beliau meminta saya datang esok saja kerana bengkel dah nak tutup. Jam 9 pagi esok (Rabu hari ini) katanya.

9- Mungkin kifarah atas dosa dosa saya sebelum ini, nak dijadikan cerita 'gear lever' rosak di laman bengkel tadi. Saya menggaru kepala kerana masalah lain pula datang. Maka saya memanggil semula yang menyapa saya tadi. Saya tunjukkan pada beliau 'gear lever' saya yang sudah terkulai. Terdengarlah saya  'TZM?...Alamak aku tak ada part ni...' daripada mulut beliau. Begitupun beliau membantu memasangkan semula 'gear lever' tadi. Nampak macam dah okay, jadi saya pun mahu bergerak pergi kemudian. Masuk gear 1, terkulai lagi 'gear lever' tadi. Terkial kial juga saya cuba memasang semula. Kemudian saya meminta dawai daripada bengkel tadi.

10-Hampir 10 minit agaknya saya terkial kial keseorangan mengikat dawai pada 'lever' tadi. Sedih juga hati  kerana adab orang Melayu apalah salah cuba bantu sikit sikit kalau pun berkejar nak tutup kedai. Kalau layanan baik tak mustahil saya jadi pelanggan tetap disitu, kan?

11-Akhirnya saya terpaksa mendapatkan khidmat bengkel Cina di Taman Universiti . Itupun terpaksa memesan alat ganti diperlukan dan esoknya (Rabu) baru boleh pasang.

12-Alhamdulillah hari ini siap juga penggantian 'gear lever' tadi sebelum jam 12 tengahari. Masalah yang pertama tadi (bahagian depan motor berbunyi) selesai dengan sendirinya. Entahlah. Tak berbunyi lagi dah.Alhamdulillah.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA