Assalamualaikum DJ KC. Nama saya MFTaqiyuddin. Inginlah nak berkongsi satu cerita seram kalau diizinkan.

Cerita dibawah ini pernah saya siarkan di forum mforum.cari.my dan blog koleksi penulisan cerita seram saya-http://seramketakutan.blogspot.com/

Seorang wanita melawat kawannya yang dimasukkan ke hospital kerana demam panas. Oleh kerana mereka sama-sama merantau,maka kebajikan sesama mereka sangat dititik beratkan. Maklumlah sakit demam siapa nak ambil peduli  kalau bukan kawan-kawan yang paling dekat.

Wanita tersebut menemani kawannya yang sakit itu pada 1 malam oleh kerana mendapat kelepasan kilang mereka bekerja. Sebaik saja kawannya yang sakit itu tertidur, wanita tersebut berhajat kecil. Tandas pula terletak dikawasan yang agak jauh dari wad tempat kawannya itu ditempatkan.

Wanita itu memberanikan diri juga pergi. Sampai ditandas,wanita itu melakukan apa yang dihajatkan. Entah macam mana terasa ada orang lain yang turut sama berada di dalam keadaan yang sunyi itu.

Cahaya agak malap didalam tandas. Hujan rintik-rintik menambahkan lagi kegusaran dalam hati.

Kedengaran pili air ditandas sebelah dibuka. Sedang tidak pula kedengaran derap tapak kasut memasuki tandas. Dibiarkan saja oleh kerana tidak mahu menakut-nakutkan diri sendiri. Selesai menunaikan hajat,pada waktu yang sama pili air disebelah ditutup.

Pintu tandas segera dibuka oleh kerana perasaan ingin tahu siapa sebenarnya yang turut berada bersama. Didapati pintu tandas sebelah serentak terbuka.

Tiada sesiapa dalam tandas tersebut.......Dan serentak terdengar hilai tawa yang garau bergema dalam tandas tersebut.

Oleh kerana ketakutan, wanita tersebut terus berlari kepejabat hospital. Sampai disana,jururawat bertugas seolah sudah memahami apa yang terjadi. Wanita itu ditenangkan.

Diterangkan dalam tandas tersebut pernah seorang perempuan bukan Melayu mati bersalin didalamnya, namun tidak disedari sesiapa. Entah kenapa boleh jadi begitu.

Sejak itu dikatakan wujud Pontianak dalam tandas tersebut, menyakat sesiapa sahaja yang memasuki tandas tersebut. Kawasan tandas itu sendiri perlu melalui kawasan wad yang dikosongkan, jadi jarang-jarang ada orang yang menggunakan tandas tersebut.

Setelah keadaan tenang, wanita tersebut dipimpin ke wad kawannya. Serik mahu ketandas berseorangan lagi. Dibawa kawan lain menemankan bersama.

Kejadian terjadi pada hujung tahun 70 an. Wanita yang diceritakan diatas adalah ibu saya sendiri. 
 
Seram muziknya