Thursday, April 5, 2012

2 pemergian

1-Saya mempunyai 2 minat- gitar dan motorsikal besar.  Dan kebetulan saya mengetahui seorang tokoh penerbitan permotoran Majalah Roda Roda Allahyarham Mohd Yusof Bakar (MYB) atau Boss telah mengadap Illahi semalam. Al Fatihah. Moga Allah SWT menempatkan roh Allahyarham bersama sama kekasih Nya.

Al Fatihah


2-Bagi yang setia membaca Roda Roda pasti akan mengetahui sedikit sebanyak personaliti Allahyarham yang berdisplin terutama melibatkan masa dan teguran teguran Allahyarham yang ikhlas dalam kata pengantar majalah. Setiap kali saya melihat motorsikal besar terutama Kawasaki, saya akan teringat pada sebuah Kawasaki 1000cc milik Allahyarham.

3-Dan saya melihat status update Music Master di FB berkenaan pemergian Jim Marshall pengasas amplifier jenama Marshall.

Saya teringat sebuah iklan yang mengatakan satu satunya rock star yang masih bertahan daripada dekad 60 an hingga ke hari ini ialah amplifier/kabinet Marshall. Dan setiap kali saya teringatkan gitaris gitaris gergasi, amplifier Marshall antara yang terlintas dalam ingatan.




No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA