PEMBERITAHUAN- Saya tidak mahu mengulas secara kritikal keadaan yang menjadi isu sekarang ini kerana banyak diblog blog lain membincangkan Bersih 3.0 ini. Dibawah adalah pemikiran saya yang ditaip di FB pada waktu waktu Bersih 3.0 ini berlangsung atau telah berlangsung.
2- Saya lebih risau saudara mara kawan kawan kecil hati daripada pendirian politik saya sendiri. Jadi cara yang baik ialah mengatakan sesuatu yang berasas dan masuk akal.Pada saya setiap orang ada fasa sendiri iaitu menyokong pembangkang atau menyokong kerajaan (setelah melihat menilai dengan akal sendiri sendiri). Saya dah lalui yang satu dan sedang melalui yang satu lagi sekarang.
3-Jika kita mahu berfikir sejenak kerana kata bijak pandai-belajar daripada pengalaman. Saya teringat 1 pembacaan dulu selepas bergantinya kerajaan Suharto kepada BJ Habibie pada 1998, yang mana seorang rakyat Indonesia mengakui walau kerajaan Suharto tidak begitu bersih pentadbirannya, rakyat waktu itu masih tetap mampu mencari rezeki dan keadaan ekonomi masih selesa dibandingkan selepas mundurnya Suharto. Dan seterusnya adalah sejarah.
4-Aku dok bersihkan rumah kucing aku aja tadi.Beranak 3 ekor dihari BERSIH 3.0. Hehe. Kelakar kucing kucing itu. (menulis komen dalam berkaitan video yang ditampal kawan pada wall FB saya)
5-'Remember what God gave you, not what God yet to give you'
1 comment:
Post a Comment