Monday, April 23, 2012

Monolog Auto Teller Machine

1-Pada Sabtu yang lepas, sewaktu saya mahu membayar pembayaran berkaitan melajukan internet, kad ATM saya ditelan oleh mesin ATM. Pengajaran untuk saya yang seorang gitaris amatur , hakikat yang mesin ATM juga berupaya berbunyi dan menelan mesra kad ATM.

2-Makanya saya menghubungi cawangan CIMB Parit Raja tadinya dan menyatakan keadaan yang telah past tense. Pegawai yang melayan mesra saya menyatakan kad ditelan tadi sudah dikira batal dan wujud keperluan untuk membawa lesen memandu, MyKad, dan asli surat beranak- jika biometrik pada MyKad gagal dibaca- semuanya untuk prosedur membuat kad yang baru.

3-Pernyataan masalah disini ialah saya tidak pasti asli surat beranak milik saya dimana? Di kampung atau berada dalam posesi saya di Batu Pahat ini.

4-Penemuan saya pada hal ini ialah isu kewangan boleh melanda sesiapa saja memiliki kad ATM biar banyak manapun isi akaun. (minus banyak manapun isi akaun untuk saya)

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA