Malam minggu, saya tidak tahulah pelajar pelajar ijazah muda diploma yang lain. Cuma pelajar sarjana ke atas UTHM yang menyewa bilik di KKTM Sri Gading ini tidak ketahuan mahu ke mana pada malam hujung minggu begini.
Ke Bandar Batu Pahat? Jalan masih tidak siap siap pembinaan. Tambahan pula jarak agak jauh. Jika 2 ke 3 kilometer gagah juga naik motor malam malam. Maka terperaplah dalam blok kami.
Jadi saya berbual dengan seorang kawan yang mengambil Master Pendidikan Teknik dan Vokasional. Orang Kelantan. Umurnya jauh lebih tua daripada saya, 34 tahun.
Kami berbual bual mengenai pengajian. Dan kami bersetuju agak tertekan melihat kawan kawan sebaya ada yang sudah berkerjaya berkeluarga. Namun kami berkompromi apa yang kami lakukan sekarang, belajar lebih tinggi, ialah untuk masa depan kami sendiri. Sambil tergelak gelak kami berbual.
Jujurnya setiap pekerjaan yang dilakukan pasti mempunyai cabaran masing masing dan kami yang belajar ini juga sama saja nasibnya.
Kalau pun kami berasa tertekan, kami faham kenapa Allah SWT, melalui istikharah yang dibuat kami masing masing sebelum berada di UTHM ini, mahukan kami berada dalam bidang ini.
Ini yang terbaik, termasuk apa saja yang anda semua lakukan diluar sana.
Dan kami bertukar tukar pendrive selepas bertukar tukar filem download kemudian. Cerita Bunohan macam seronok juga ditonton malam ini.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment