'Motor aku hilang laaa' gurau seorang rakan. Lokasi parkir dikawasan parkir berhampiran Dewan Kuliah SK USM Penang. Tahun antara 2008 2009.
Beberapa kali gurauan sama kedengaran. Kebetulan rakan tadi memang mempunyai, dibeli baru, sebuah Yamaha 125ZR, model terakhir 125Z sebelum kegilaan LC135.
Bermain serigala, kata orang Kaukasian. Suatu masa benar hilangnya. 125ZR tadi.
Agak gempar juga dikalangan kami rakan rakan. Kerana kehilangan motor terjadi dalam universiti yang mempunyai sistem keselamatan tersendiri terasing daripada polis (dalam lingkungan universiti atau kecuali kes kes berat).
Akhirnya kawan tadi cuma dapat mengenang momen momen manis bersama 125ZR beliau, yang sebenarnya baru juga dibeli beliau.
Pepatah Jepun mengatakan- watashi boro murut tara ga (awak kurang pintar bila mulut tak berjaga). Kata ninja dalam childish diri penulis.
Kisah pertama.
EDU-kasi: Anak Angkatku, Mohd Aiman
1 week ago
No comments:
Post a Comment