1-Arakian bertapaklah perniagaan makanan segera dari benua barat, telah bertapak ia di daerah selatan penghujung Asia Pontian Johor. Namanya Mc Donald.
2-Penglipurlara ini yang tahunya cuma makan makan dirumah gerai warung atau paling mewah sedikit di francais sebuah lagi perniagaan makanan segera barat KFC saja sebelum ini.
3-Mc Donald tadi menyediakan 'drive thru' buat memudahkan semua tanpa perlu hamba rakyat bersusah payah memesan masuk didalam bangunan.
4-Penglipurlara ini pula boleh pula berasa cuak untuk memesan makanam di 'drive thru' Mc Donald ini. Sebabnya samada tidak tahu jenisan makanan, sebutan menu makanan dan harga makanan yang dijangka tinggi. Sampai sekarang tidak jejak kaki lagi ke Mc Donald ini yang sekarang menjadi buah mulut orang Pontian. Kelakarnya rumah TNB juga dicat sama warna tema bangunan Mc Donald. Hitam.
5-Rupa rupanya ramai lagi yang begitu, dengar riwayat siap ada nyawa badan yang berpeluh peluh berdegup jantung sewaktu mahu memesan makanan melalui 'drive thru' tadi. Apakah yang kami takut sangat?
6-Agakannya mungkin kerana tidak begitu terdedah sangat pada sistem diluar daerah kami. Kendatipun ia menunjukkan kami sedia berubah. Menuju Pontian maju.
Tamatlah sebuah cerita.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment