Thursday, August 23, 2012

Raya orang tak kahwin...lagi

1-Telah raya ke 6 tidak silap hari ini. Pejam celik mungkin tertinggal puasa 6, jika tidak teringatlah.

2-Jadinya agak ramai juga yang masih berkunjung ke hospital atau KK. Saya? Menemani Emak mengambil ujian darah dibuat beberapa hari sebelum mula puasa lepas.

3-Ada menonton rancangan Tanya Ustaz bersama TG Harun Din Al Hafiz yang jujur menegur raya disambut terlalu melebihkan penyanyi. Maksudnya rancangan menyanyi saja penuh di TV yang dihadap ramai pula. Kalau dulu dulu asyik sarkas atau Hindustan saja.

4-Tidaklah pasti ditempat anda tapi dikampung saya jarang benar ketemu lemang, meriam buluh, dodol dan ketupat juga diupah beli daripada orang.

5-Mendengar khutbah raya, jujurnya masuk telinga kanan kiri saja. Mungkin kerana teks dibaca mendatar. Cuba sedikit keras, kerana saya lihat jemaah sebelah saya terpejam mata. Saya kadang memejamkan juga mata 4 ini.

6-Kemudian saya ke kubur mencari pusara arwah Nenek yang tak pernah berjumpa masa hayat beliau. Sedekahkan Fatihah kemudian berpusing pusing dalam kawasan kubur mencari cari kubur saudara mara lain. Secuba mungkin mengelak membaca tulisan pada nisan, takut kekurangan daya ingatan.

7-Pulang solat sunat terus saja bermesra dengan ketupat kari ayam kuah kacang.

8-Buka telefon membaca mesej mesej kiriman ucapan raya. Tahun ini agak kurang kerana tahun tahun sebelumnya biasanya saya yang memulakan ucapan dulu. Dasar........

9-Tengahari raya berisi tidur.

10-Malam sebelum raya berjamu BBQ bersama beberapa kerat sepupu. Silap rancang kalau tidak lebih ramai lebih meriah.

11-Duit raya mujur tidak perlu saya memberi sebab masih bergelar pelajar, kecuali pada adik adik dan beberapa orang anak saudara saja.

12-Malamnya melihat dengar mercun dibakar. Mercun bola. Beberapa biji dikhaskan untuk dilastik ke kawasan kebun. Buat halau babi hutan.

13-Kemudian bermain Skyrim.

1 comment:

Dr. Bentara said...

1. Saya dan keluarga telah berhenti ziarah kubur waktu eid setelah mengetahui ianya tiada asal dalam agama (dulu ingatkan ianya amalan agama).

2. Saya dan keluarga juga akan berusaha untuk makan sebelum solat sunat Eid kerana ia adalah sunnah. Untuk itu, masak kena awal (malam sebelumnya atau awal pagi).

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA