1-Saya dikampung hari ini. Berumah di rumah arwah Atuk (Al Fatihah). Kebiasaan sebenarnya untuk kami berehat hujung minggu dikampung. Selalunya Mak Usu dan Pak Usu balik ke kampung bersama, cuma tahun ini mereka beraya di rumah biras di Perak sana. Dengarnya berjalan sampai ke Pulau Pinang.
2-Jadi ada juga saudara mara lain yang datang. Saya sambil sambil bergurau bertanyakan pelajaran anak anak saudara. Jujurnya sedikit kecewa kerana boleh dikatakan ramai anak anak saudara yang bijak bijak namun persekitaran tidak begitu membantu. Disuruh baca A-Z juga kerap terlupa huruf.
3-Jadinya saya menyuruh seorang anak saudara bernama Acit. Beliau memanggil saya kadang kala Abang, kadangkala nama saya. Sepatutnya Pak Ngah. Tidaklah saya kisah sangat selagi tidak beraku kau dengan saya. Kalau beraku kau antara yang lebih muda dan tua memang pantang dalam keluarga saya. Kecualilah yang umur lebih kurang.
4-Acit boleh menyebut setakat huruf ABCDEFGHIJK. Terlupa huruf LM terus ke NO. Jadi saya cuba beberapa cara untuk membantu beliau. Saya tidaklah gemar memarahi kecuali tegas bilamana diajar tegur tidak berkesan.
5-Bila sampai ke K, saya suruh beliau menjerit L sekuat kuat hatinya. Biar keluar isi dalam dada lah kiasan jeritannya. L!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
6-Agak berkesan juga. Alhamdulillah. Pandangan saya berdasarkan pengalaman ialah budak kalau dimarah memang ada yang boleh diajar, namun tidak semua akan menerima dengan memahami sebab dimarah itu. Jadi saya tidak suka dimarah maka saya tidak mahu memarahi orang. Hukum karma kata Wings.
7-Ada masa anak saudara saya Acit itu tersalah salah sebut huruf KLMN. Tambahan lagi gaya sebutan. L disebut dengan lidah menyentuh gigi depan, M disebut menutup rapat bibir atas dan bawah, N mulut tertarik hujung ke hujung. Acit agak bermasalah kerana rongak gigi depan untuk menyebut dengan lancar.
8-Jadi saya gunakan teknik keduniaan. Beri wang RM10. Sebutan L menjadi semakin lancar bila galakkan materialistik didepan mata.Mungkin agak tidak patut mengajar sebegitu namun ia agak efektif. Tidaklah saya mahu beragumen panjang hal ini.
9-Sambil sambil mengajar saya bertanya apa cita cita Acit besar nanti? Dijawab mahu jadi polis. Terus saya melawak- 'Kau tak boleh jadi polis. Suruh baca ABC pun nak kena beri RM10.'
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment