Rakaman kelas tadi. Maaf kerana kualiti audio yang terlalu teruk. Merakam sekadar menggunakan default program dalam laptop saja. Ia mungkin sama konsep dengan telefon pintar mahal anda yang pelbagai fungsi namun kualiti gambar tidak begitu baik.
Kuliah diberi oleh Mr Bachan untuk Group 10(Construction Management)/ kelas UAP 0010(Research Methodology).
1-Saya difahamkan maksimum 7 bab dalam penulisan tesis. Mr Bachan menyarankan untuk mencari idea (terutama pelajar Master Projek) untuk merujuk pada kajian kajian terdahulu- dengan mencari further research (#1) atau merujuk suratkhabar (#2).
2-Apa beza kajian pelajar ijazah muda, Master dan PhD? Tahap analisis data. (Jujurnya saya harap ada ahli akademik yang dapat memberikan perbezaan ini dengan lebih detail dan bukan sekadar cara umum).
3-Menulis pengenalan- fikirkan konsep piramid terbalik.
- Mula menulis hal hal umum berkaitan kajian.
- Perlahan lahan masuk berkenaan topik kajian.
5-Menulis sasaran kajian (betul terma ni?)-
- Mulakan dengan menulis dulu- The aim of this study/ research......
- Dalam 1 perenggan.
7-Menulis kajian literatur- gunakan kaedah phrase referral. Jangan sesekali menulis tanpa menyatakan nama sumber. Lebih banyak pembacaan maka kualiti questionnaire semakin baik.
8-Menulis data analisis- dicadangkan 'bermain' dengan statistik tadi. Kami diberi contoh seorang pelajar yang menggunakan pelbagai kaedah statistik (pelajar tadi memang tahu berkenaan program SPSS) berdasarkan soalan soalan questionnaire yang ringkas saja. Jika menggunakan bantuan ahli statistik (jika di UTM, pelajar akan merujuk kepada Math Dept) , pastikan tahu cara digunakan sepenuhnya. Begitupun tidak digalakkan.
9-Bagaimana anda tahu berapa banyak questionnaire diperlukan untuk kajian anda? Kami diberi idea begini- Taman Universiti berpopulasi 10 ribu orang, maka questionnaire dianggarkan bermula daripada 500 hingga 1000.
Ikut pengamatan saya cara digunakan di FKA UTM ini lebih praktikal dan dapat mengelakkan terlalu umum pemberian maklumat kaedah kajian.
p/s- Para visiting scholar nak tambah?
No comments:
Post a Comment