Saturday, October 6, 2012

Topic of interest

Pengembangan idea

1-Melalui pembacaan dan sedikit info sedia ada yang saya telah ketahui, idea sustainable campus yang dibentangkan, berdasarkan pengalaman saya di UXX dulu, ia lebih banyak mendatangkan kontroversi berbanding sokongan warga kampus. Ia bukan persoalan warga kampus tidak menerima idea baru, sebaliknya idea baru yang datang itu sendiri tidak sensitif dengan keperluan warganya. 

Contoh pada waktu saya di UXX (2006-2010), kami diperkenalkan pek makanan diperbuat daripada bahan kitar semula (tak silap saya sisa buangan sawit). Sebab diperkenalkan menggantikan polisterin biasa, kami diberitahu, wap panas makanan yang terperangkap dalam polisterin tadi boleh bertindakbalas kimia menghasilkan……Ringkasnya tidak bagus (menggunakan polisterin biasa@white coffin). 

Jadi alternatifnya ialah pek makanan baru tadi yang berwarna coklat. Para peniaga merungut kerana mereka diwajibkan menggunakan pek makanan baru tadi (tiada lagi kebenaran untuk polisterin) dan pembekalnya cuma 1 pihak saja. Ada kedengaran cakap cakap monopoli kroni berkaitan pengenalan dan pembekalan pek makanan baru tadi.

Akhirnya peniaga peniaga menggantikan dengan kertas coklat saja sebagai ganti. 

Pek makanan baru tadi sudah tidak saya temui lagi.


2-Kata kata mengurangkan emisi karbon dalam kampus sudah saya dengari dan lihat sendiri, juga semasa di UXX dahulu.

Pada waktu waktu petang, kami melihat sekitar UXX ada penunggang menunggang dengan basikal elektrik. 

Penunggang itu sendiri staff UXX. Kami yang pelajar ini melihat dan berkerumun bila ada peluang. Kami diberitahu basikal elektrik itu agak mahal harganya. Sekaligus sudah tidak praktik digunakan. Bayangkan penyenggaraannya pula?


3-Juga masih berkaitan mengurangkan emisi karbon. Atau mudahnya mengurangkan kenderaan bermotor dalam kampus (disamping mengatasi masalah parking). 

Saya mendengar komen komen warga kampus berkenaan pengurangan kenderaan. Antaranya seseorang menyarankan keprihatinan beliau berkenaan kebajikan pekerja pekerja pencuci kebersihan yang rata rata berusia untuk masuk bekerja didalam kampus, peniaga peniaga kafe yang juga rata ratanya makcik makcik yang perlu membawa lauk pauk pelbagai ke dalam kampus, dan pelajar UXX sendiri yang ditempatkan dihostel yang agak jauh dengan pusat pengajian. 

Mengurangkan kenderaan begitu?



4-Didalam dewan kuliah juga, kami turut diperkenalkan dengan konsep 'green building'. Mudahnya bangunan yang mesra alam dan jimat tenaga. Agak menarik idea yang dibentangkan dan telah diperpanjangkan dalam peperiksaan semester itu.

Semester hadapan kami sudah tidak didedahkan lagi  berkenaan 'green' tadi kerana telah kami semua telah dibahagikan kepada 'design' dan 'non design'. Kami diajar (terutama course saya) memenuhi kehendak client.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA