Tuesday, November 6, 2012

Mid 90s

Sekadar mengingat kenangan lama. Saya mempunyai adik bongsu perempuan. Beza umur 6 tahun. Jadi semasa saya darjah 3 atau 4,adik masih belum tadika pun lagi.Nama adik-Nurul. Sangat comel.

Sementelahan umur masih budak budak lagi, maka kerap juga adik bongsu saya tadi menjadi sasaran gurauan. Antaranya-


1-Suatu pagi Sabtu, kebosanan kerana rancangan kartun masih belum bermula lagi, saya dan adik lelaki saya serta Nurul berada ditengah tengah rumah. Kami 4 beradik semua. Abang saya entah dimana waktu itu. Melihat Nurul ada bersama, saya pun mahu mengusik beliau.

Saya bertanyakan pada Nurul hari ini hari apa? Dijawabnya- 'Hari Sabtu'

Balas saya-'Salah!! Ini hari membuli Nurul!!'.



2-Dulu kami adik beradik agak nakal. Memberi gelaran macam macam pada sesama kami. Jadi kami abang abang memanggil adik kesayangan kami Nurul sebagai Toyol. Kebetulan dulu ada sinetron Indonesia bertajuk Tuyul dan Mbak Yul. Bila bersiaran maka bercemperalah kami ketawa mengusik Nurul.

Dulu dulu kerap juga kami sekeluarga beramai ramai menaiki kereta untuk bercuti. Jadi bagi menamatkan kebosanan, kami adik beradik akan bermain permainan nombor plet kereta. Contoh plet JG 2345. Kami buat ayat pada huruf JG tadi- contoh jangan garang, jangan gangster, jangan gila dan pelbagai lagi.

Kami setiap seorang akan memberi jawapan kami. Pemenangnya ialah yang paling lawak jawapannya.

Selalu juga kami kehabisan idea dalam membentuk ayat. Jadi suatu masa saya terfikir idea nakal dalam satu perjalanan.

Kami meneka 1 nombor plat kenderaan didepan kami. JAG 1234.

Seorang demi seorang memberi jawapan. Sampailah giliran saya-' Joyol Aoyol Goyol!!'. Hahahaha. Tergelak gelak kami abang abang ini. Nurul berkerut masam. Kemudian Emak mengambil Nurul duduk di seat depan bersama. Kami masih tergelak gelak dibelakang.



3-Suatu masa kami dalam satu perjalanan entah ke mana. Maka bermainlah permainan nombor plet kereta. Daripada satu kereta ke satu kereta yang kami temui diatas jalan. Adik lelaki saya Aie kemudian memberikan nombor plet kereta Ayah kami- JBN 4706.

Saya tak ingat siapa, tapi jawapan yang keluar kemudiannya sangat mengelikan hati sehingga ke hari ini-'Jom Buli Nurul!!!'

Nurul pula menggeleng geleng kepala cuba membetulkan sebagai-'Jangan Buli Nurul!!'

Tergelaklah lagi kami adik beradik.



4-Waktu cuti penggal persekolahan paling seronok sebagai budak budak. Jika tidak balik kampung maka kami akan duduk dirumah menonton TV sambil menunggu Emak Ayah balik. Sepatutnya Nurul dihantar ke rumah seorang nenek saudara kami, namun kami ada juga memujuk Emak Ayah meninggalkan Nurul dirumah. Biar abang abang jagalah niatnya.

Nurul tidak berapa suka dengan saya kerana kuat sangat membuli. Abang kesayangan beliau ialah Aie. Abang sulung kami pula kami 3 beradik pula tidak berapa ngam. Beliau berkawan dengan budak budak kampung diluar rumah. Begitupun Abang sulung saya ini sebenarnya sangat geliga otaknya.

Jadi suatu masa mendekati tengahari, kami menonton TV. Nurul pula bermain dengan Aie. Saya terdengar Nurul berkata-'Abang Aie, tengok ni Abang Aie'. Bedebukkkk.

Saya toleh ke belakang, Nurul sudah menangis. Tangan kiri patah satu bahagian retak 1 bahagian.

Dikenang kenang kesal juga kerana sebagai abang, kami patut menjaga serius keselamatan adik adik kami. Mujurlah Abang sulung ada pengetahuan pengakap sikit. Dibuat balut dan diluruskan dengan pembaris pada tangan Nurul. Tidak lama kemudian Emak Ayah balik.

Tak sempat kami abang abang dimarah, Nurul dibawa ke hospital. Dalam masa beberapa minggu kami dalam mode kesedihan.Sejak kejadian hampir setahun lebih juga Nurul tidak pernah ditinggalkan bersama kami abang abangnya dirumah.






No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA