Saya bermimpi ngeri minggu lepas. Hari Khamis.
Dalam mimpi saya itu, pendekkan cerita, Emak saya meninggal dunia.
Begitu ngeri pun bila diingat semula masih ada elemen komedi yang mana roh Emak masih ada dan memerli saya dengan kata 'Itulah waktu Emak ada......Sekarang Emak dah tak ada...'
Mengalir juga air mata mendengar komen perli Emak tadi biarpun mimpi.
Syukur Alhamdulillah. Mimpi itu sebagai peringatan. Tak berani lagi saya meremeh remehkan suruhan Emak. Terus rasa hormat dan sayang pada Emak berlipat ganda.
Rupa rupanya pada masa sama Emak juga bermimpi. Terasa dibawa menaiki kenderaan berupa kepala. Entah bagaimana fiziknya kenderaan tadi. Melayang layang menuju ke negeri antah berantah.
Datang tiba tiba seorang lelaki mengatakan 'Tak apa, biar aku pergi'.
Saya bila mendengar begitu terus teringat doa yang saya amalkan setiap usai solat.
"Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa Ibu Bapa kami. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kecil. Kekalkan kebahagiaan kami. Berikan mereka kesihatan dan umur yang panjang. Jauhkan mereka daripada kemalangan kecelakaan malapetaka dunia dan akhirat. Berilah kami kesempatan membahagiakan mereka..." 3 kali. Dibaca antara 2 selawat.
Wallahualam.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment