Thursday, September 26, 2013

Luh Mahfuz

Sejujurnya sedikit pergeseran telah berlaku diantara saya dan seorang, sekarang bekas, kenalan. Perempuan.  Siang tadi. Paginya.  Sebelumnya telah setahun hidup saya aman hingga beliau tiba tiba muncul semula.

Saya mudahkan kami pernah berkawan ke tahap terfikir melamar. Bukan jodoh, Alhamdulillah. Hikmah Nya satu demi satu saya ketemu. Saya juga tidak sempurna. Mengenal intan dan kaca, perlahan lahan.

Begitupun pengakuan beliau melalui SMS tadi siang  menyatakan telah melihat di Luh Mahfuz sana calon suaminya, dibantu seorang Ustaz, telah menjadi dalil dirinya memandang rendah saya.

Terima kasih. Saya rendahkan diri.

Saya terfikir fikir ini jika dapat melihat sampai ke sana Luh Mahfuz, kenapa pada bab itu saja?

Ini membawa saya teraba raba hingga ketemu buku berjudul Islam dan manusia 1001 kemusykilan Jilid 1 karangan Dr Abdul Hayei Abdul Syukor, yang menyuarakan beberapa keraguan dalam jawapan pada persoalan dimuka 115 tentang kemampuan sesetengah manusia yang mampu tembus pandang ke sana. Seperti penulis buku saya tidak minat komen melebih lebih, tetapi mendapat pengajaran mahal.

Hati hati.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA