Sunday, October 27, 2013

Banjir kilat

Saya pulang ke UTM lingkungan jam 3 petang lebih hari ini.  Dikampung saya titis hujan turun tidak berapa lebat pada waktu berangkat pulang. Melepasi Pekan Nenas, hujan mula menampakkan 'the dark side'.

Menghampiri sempadan Pontian JB, hujan anjing dan kucing dan mercun bola. Lebat yang tebal. Terpaksa buka lampu. Laluan saya ini dipanggil Jalan Pontian Skudai.

Sebaik melepasi kawasan Taman Pulai Indah, banjir kilat melanda. Kawasan ini agak berbukit,jadi limpahan air hujan menyebabkan sedikit banjir kilat dikawasan rendah.

Dan saya, Nissan Vanette, serta sebuah van Toyota JBJ 1000 terperangkap sebaik saja lepas traffic light. Air masuk enjin. Mati di lane sebelah kanan.

Saya tidak panik lagi kerana pernah melalui kejadian ini beberapa kali. Pada saya hujan lebat=lopak air= van mati enjin. Biasanya lepas. Kali ini nak jadi pula. Kebiasaannya perlu menunggu 20 minit untuk van dihidupkan semula. The power of Nissan.

Saya menghidupkan lampu kecemasan van dan menoleh ke kiri, terlihat pusaran air dengan diameter mungkin 1.1 meter dalam kawasan yang digenangi air. Saya membuka pintu van, hampir ke paras lantai van tinggi air. Tutup pintu semula. Saya melihat cermin pandang belakang, barisan panjang kenderaan mengundur semula, petanda air naik dengan cepat. Beberapa buah kenderaan memberanikan hati meredah. Ombak tolakan kenderaan mereka menggoyangkan van dengan muatan 3 tan saya. Iya, saya bawa van ke UTM. Doakan saya dapat rezeki beli Evoque.

Hampir 10 minit, saya terpaksa menelefon 991. Bantuan Bomba dipanggil.

5 minit kemudian beberapa orang pemandu dibelakang turun daripada kenderaan mereka. Mula mula mereka selesaikan van dihadapan saya, kemudian kami bersama sama menolak van saya ke depan. Terdengar azan Asar. Jam 4 lebih biasanya. 4. 08 petang tak silap. Berhenti van ditolak dibawah fly over. Van didepan tadi telah dibantu ditolak dengan sebuah Bulldozer yang kebetulan lalu.

Saya mengucapkan terima kasih pada mereka yang membantu saya. 3 orang Melayu. Maaf kata,  van didepan saya tadi telah didatangi beberapa rakan mereka, Cina, haram tak ada yang datang menolong saya.  Tak apalah. Situ bukan kawasan saya.

Maka saya menunggu untuk enjin van kembali berfungsi. Waktu ini perasaan segan memang dah tak ada bila kereta lalu lalang memandang. Saya ada terfikir untuk tidur saja menunggu. Penat.

Sebaik enjin dapat dihidupkan, 20 minit cincai, terus saya hon van didepan van saya. 'Tauke, saya pergi dulu'. Berlalu saya pulang. Tak apa, kawan dia dah ramai disitu.

Bomba? Sebaik saya parking didepan Kolej, mereka menelefon bertanya kedudukan. Saya menerangkan keadaan telah selesai. Terima kasih juga saya ucapkan.

Kemudian  wakil Bomba telefon lagi bertanya benar tidak perlu datang? Tidak apa, terima kasih sekali lagi. Takut juga saya di cas panggilan palsu. Tabik untuk Bomba.

Beberapa pengajaran saya dapat petang ini.

Paling penting Allah SWT menjaga yang meminta terus pada Nya. Lintasan hati kena elok.

Alhamdullilah.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA