Saturday, September 27, 2014

Harta baca

1-Saya tak pasti anda. tapi kegemaran membaca adalah apa yang paling saya suka, selain bermain gitar.

2-Apa apa saja dibaca. Dahulu pernah seorang guru tuisyen saya memperlekehkan saya bila saya menyebut saya juga membaca komik. Entahlah itu sikap yang patut ada atau tidak pada seorang guru yang dibayar.

3-Banyak membeli buku banyaklah juga yang hilang. Selain ruang menyimpan yang terhad. Koleksi koleksi kesayangan saya seperti Guitar World, G&B UK, Roda Roda, ROTTW, Pendekar Laut semua generasi, Wira Tunggal generasi pertama, buku buku hadis cerita nabi sufi wali, buku buku politik hujung 90 an, buku buku tertentu terjemahan DBP dan yang ringan ringan. Asalkan boleh dibaca.

4-Dan musuh utama dalam menyimpan buku majalah selain tikus, kucing liar, anai anai ialah rakan kenalan. Pernah satu beg komik Wira Tunggal saya hilang dipinjam seorang rakan, satu beg komik Shin Chan yang dipulang cuma 2 saja. Sebuah buku tulisan Isa Muhammad Dawud juga hilang dibuat harta oleh orang lain. Itu yang saya ingatlah.

5-Sejak itu saya akan hafal tajuk buku, cari diinternet, download. Untuk buku buku berbahasa Inggeris. Untuk komik pula saya cari yang dalam format PDF atau jpg. Puashati juga macam ni.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA