Monday, September 22, 2014

Mati hidup semula

1-Lesen kenderaan. Saya memeriksa lesen kenderaan saya baru baru ini dan mendapati telah 2 bulan tamat tempoh. Berkata begini membuktikan tanpa ragu atheis agnostik yang Tuhan memang wujud.

2-Saya Google maklumat berkaitan dan mendapat tidak menyeluruh maklumat diberi blogger blogger yang menyentuh tentang menghidupkan semula lesen. Antara pertanyaan saya pada waktu mencari ialah
  • Nak bawa gambar ke tidak? (Tak payah. Maklumat MyKad boleh diakses untuk buat lesen baru. Lain kata gambar pada Mykad itulah gambar pada lesen baru nanti. Nasiblah kalau gambar lama)
  • Berapa ringgit kena bayar? (Bagi yang lesen dah sedia mati maka automatik kena bayar untuk 2 tahun (RM62)
  •  Berapa ringgit untuk berapa tahun (2,3, 5)? (Saya bayar untuk 3 tahun RM92)
  • Lama tak nak siap? (Bergantung pada berapa ramai orang awam yang sama sama terlupa lesen dah mati. Kata lain sekejap aja. Saya 5 minit aja)
  • Boleh ke pergi pejabat pos atau JPJ memandu sendiri kenderaan biarpun lesen telah mati tetapi berniat menghidupkan semula? (Saya dah)
  • Pukul berapa pejabat pos atau JPJ buka pagi pagi?
  • Pejabat pos sekarang dah boleh hidupkan semula lesen? (Saya Google dan baru tahu, tak silap sebelum hujung tahun lepas dah boleh buat lesen dipejabat pos)
  • Lesen lama kena beri untuk gunting lupus tak?
  • Kalau tak nak beri lesen lama sebab nak simpan buat kenangan? (Saya simpan)
3-Maka saya memilih pejabat pos. Datang pagi jam 8.30 pagi. Selesai semua.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA