Tuesday, September 16, 2014

Teh Tumpah Tanda

1-Dalam perjalanan balik ke hostel setelah membungkus nasi, jatuh air teh ais saya ke lantai van bahagian pemandu. Saya rasa dah gantung elok elok. Jatuh juga.

2-Waktu menggantung teh ais itu pada tombol aplikasi bakar rokok kenderaan (TOBAKO?), saya terasa sesuatu. Yang mana orang kata petanda, tanda, sign, benda nak jadi.

3-Bleakkk (bunyi jatuh air bungkus dengan perlanggaran kiub kiub ais). Saya terasa tidak sedap hati. Apa pula tanda?

4-Kita semua pernah hadapi keadaan ini. Terasa hati tak sedap tiba tiba, jadi pula nantinya benda bukan bukan yang seperti signal pada sesuatu nak jadi. Apa dia? Atau anda pernah rasa telinga berdesing tiba tiba? Perubatan moden ada penjelasan, rujuk hadis pun ada cerita.

5-Atau kita boleh berfikiran positif dengan mengolah tanda tanda tadi sebagai bukti kita ada kuasa psikik?

6-Kita rupa rupanya adalah superhero. Yang menanti masa menunjukkan kekuatan luarbiasa.

7-OK. Selamat berehat. Selamat Hari Malaysia.




No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA