Sunday, September 19, 2010

Draf e-buku tak jadi terbit PART 2

Bab 2-Persediaan


Pengenalan

Bagus. Anda masih setia mengikuti penulisan saya. Terima kasih. Bab ini akan membincangkan persediaan yang perlu anda siapkan dahulu sebelum keluar membeli gitar pilihan anda seperti jenisan muzik, pilihan terhad kerana faktor-faktor tertentu dan peruntukan kewangan yang sesuai.

Jenisan muzik

Oleh kerana ‘supply’ yang disediakan oleh syarikat pembuat gitar saja adalah terlalu banyak variasi, maka jika anda mahu membuat pembelian gitar eloklah perhatikan dulu tona bunyi muzik yang digemari oleh orang yang akan mendapat gitar tersebut, dan ini termasuk jika anda sendiri yang membeli untuk diri sendiri.

• Rock-Samada asas rock n roll,, hard rock, slow rock, pop rock atau apa saja yang boleh diasosiasikan pada ‘rock’ seperti kumpulan Search, May, Metallian, Febians, Scorpion, Steve Vai, Hillary Ang dan lain-lain, maka jenisan gitar disini yang sesuai ialah gitar yang mempunyai spesifikasi pickup single coil seperti Fender/Squier Stratocaster, Yamaha Pacifica, dan lain-lain.

• Metal-Untuk jenisan genre metal seperti Metallica, Cromok, XPDC, Metalasia, Sil Khannaz, Amuk dan lain-lain, jenisan gitar yang sesuai disini ialah yang mempunyai spesifikasi pickup humbucker.

Untuk genre-genre lain bolehlah digunakan spesifikasi pickup mengikut selera dan minat anda. Berkenaan terperinci mengenai pickup akan diterangkan pada Bab 3.

Pilihan terhad kerana faktor-faktor tertentu

Disini akan dibincangkan faktor-faktor yang selalu terlepas pandang selepas membuat pembelian gitar. Tidaklah semua faktor-faktor ini dikira lengkap, tetapi sebagai peringatan yang perlu diambil perhatian terlebih dahulu.

• Faktor #1- Bagaimana membetulkan bunyi tali gitar?

o Ini adalah asas fundamental dalam permainan gitar. Kebanyakkan gitaris professional dan semi profesional menggunakan alat penala elektronik (tuner).
o Sedikit tips disini untuk gitaris amatur;- penulis menggunakan lagu intro Nothing Else Matters (Metallica) untuk menala bunyi tali 6, 3,2, dan 1. Manakala tali 5 dan 4 pula penulis menggunakan lagu One (Metallica).
o Bagi yang baru bermula, penulis cadangkan laburkan sedikit duit untuk membeli tuner bagi memastikan anda sentiasa mendengar bunyi not yang tepat.

• Faktor #2- Bagaimana menggantikan tali gitar yang terputus?

o Jika anda baru saja bermain gitar, hati-hati apabila memetik tali dan pastikan jangan bermain-main dengan memusing-musingkan ‘tuning’ atau anda akan berhadapan dengan masalah talaan not yang tepat.
o Jika anda membeli gitar akustik, penulis menasihatkan agar mengekalkan jenis tali akustik dan tidak bertukar kepada tali untuk gitar elektrik. Ingat, anda perlu menguatkan dulu jari-jemari anda sebelum boleh melakukan teknik atau pertukaran kord yang kompleks.
o Bagi menggantikan tali gitar yang terputus, juga ada tekniknya yang tersendiri agar lilitan tali adalah betul-betul mencengkam bagi memastikan sustain yang dikeluarkan bertahan lama. Anda boleh Google perihal ini dengan menaip kata kunci-how to restring guitar, how to change new strings, what is the best method to change guitar strings, dan lain-lain.



• Faktor #3-Kenapa tidak dahulu saya dapatkan spesifikasi gitar begitu,selepas saya membeli gitar yang berspesifikasi begini?

o Bayangkan jika anda membeli gitar dengan harga ratusan hingga ribuan, dan kemudian anda berfikir ‘Bukan bunyi begini yang saya mahu’ atau orang yang anda belikan gitar tidak berpuas hati dengan spesifikasi elektronik sedia ada. Pilihan yang anda ada untuk mendapatkan bunyi idaman anda adalah menukar pickup. Namun pertukaran ini tidak semudah mana kerana bentuk pickup berbeza-beza dan pemasangannya juga pelbagai jenis. Kenapa tidak anda dapatkan terus gitar yang mempunyai spesifikasi yang tepat dengan keperluan anda pada awal-awal membeli dahulu?


• Faktor #4-Bagaimana membetulkan intonasi gitar selepas mengganti tali (restring)?

o Secara asasnya disini, intonasi yang tepat adalah not open string mestilah sama dengan not fret ke 12.
o Intonasi gitar berkait rapat dengan pelbagai komponen-komponen gitar yang lain seperti kelurusan (relief) leher gitar, kualiti machinehead tuning, ketatnya skru penyambung leher dan badan bagi gitar jenis ‘bolt on’, kualiti nut, bridge gitar dan lain-lain.


• Faktor #5-Senangkah mendapat alat ganti untuk gitar jenama ini?

o Contohnya gitar SX yang berbentuk Stratocaster copy tidak semestinya boleh menggunakan komponen daripada gitar-gitar yang sama bentuk sepertinya walaupun bentuknya secara mudah memang sama(contoh Fender/Squier Stratocaster, Yamaha Pacifica,dll) , contoh pickup, pickguard, fretwire dan lain-lain.
o Jika anda kreatif dan inovatif, mungkin dengan sedikit usaha komponen gitar lain boleh dimasukkan pada gitar pilihan anda dengan cara pengubahsuaian sendiri. Contohnya tremolo arm Squier Stratocaster boleh digunakan pada Ibanez RT series dengan cara memaksa tremolo Squier itu memasuki ulir bridge RT series tersebut melalui cara pengikiran batang ulir tremolo arm tersebut sehingga muat-muat masuk pada lubang bridge RT series tersebut.


Sebagai peringatan untuk semua, tidak semua jenama gitar menggunakan konsep yang jujur dan bersaing secara sihat. Penulis tidak menyalahkan atau menuduh mana-mana pihak.
Maksudnya anda mungkin pernah melihat;-
• Slash (bekas gitaris GNR) naik ke atas piano dalam video klip November Rain untuk memainkan gitar solo, dan beliau menggunakan gitar stail Les Paul (LP) dalam video klip tersebut.
Anda kemudian terpengaruh dan terus ke kedai gitar terdekat untuk mendapatkan gitar seperti stail Slash itu tadi, dan anda dihidangkan pelbagai jenis stail LP namun berbeza-beza jenama dan jarak harga yang pelbagai.
Persoalannya ialah Slash menggunakan gitar stail LP jenama apa dan berapa harganya?
• James Hetfield (vokalis dan gitaris kedua Metallica) pernah dahulu popular dengan penggunaan gitar stail Explorer yang dibuat oleh ESP sebelum dihalang melalui saluran undang-undang oleh Gibson yang mempelopori stail Explorer tersebut.

Selain ESP, syarikat-syarikat gitar yang lain juga mengeluarkan stail yang sama seperti Explorer dengan nama sahaja yang berbeza, seperti Ibanez (Destroyer), Jackson (Kelly), Hamer dan lain-lain. Kemudian ESP mengeluarkan gitar seolah-olah stail Explorer tapi dengan perubahan reka bentuk dan tidak begitu menepati selera ramai.

Disinilah bakal pembeli gitar terutamanya yang baru berjinak-jinak dengan instrumen ini terlepas pandang faktor-faktor sebegini.









Peruntukan kewangan yang sesuai

Kata orang ukur baju di badan sendiri. Anda mahu membeli gitar dan dalam fikiran anda hanya gitar sahaja. Anda tersilap. Anda masih perlu memperuntukkan beberapa puluh ringgit, atau lebih lagi untuk memastikan keperluan anda bermain gitar mencukupi. Contohnya disini;-
• Anda mahu bermain gitar, dan anda mulalah memetik tali. Beberapa minit kemudian anda dapati jari yang anda gunakan untuk memetik tali berasa pedih sakit. Kenapa anda tidak menggunakan pemetik gitar?

• Anda berminat dengan aksi hero gitar anda yang berstamina tinggi melalui gaya berlari-lari dari hujung pentas sini hingga ke hujung pentas situ, dalam satu persembahan, maka anda pun mengadaptasi gaya hero gitar anda itu di rumah, malangnya anda kemudian kepenatan kerana terpaksa memikul gitar anda sambil berlari-lari sedangkan pada masa itu anda perlu bermain kord, memainkan riff, memainkan licks dan solo. Semuanya menggunakan tangan. Kenapa anda tidak memakai strap gitar?


Maka saya cadangkan jika anda membuat pembelian gitar, sila dapatkan sekali;
• Stand untuk gitar anda
• Tuner
• Metronome
• Strap dan juga strap lock
• Kabel terutamanya yang berkualiti seperti daripada jenama Planet Wave
• Amplifier (secara lebih mendalam akan diterangkan pada Bab 3)
• Picks/plectrum/spectrum/pemetik gitar(akan diterangkan secara mendalam di Bab 3)
• Pickup untuk gitar akustik jika mahu
• Buku pelajaran gitar
• Headphone untuk disambungkan pada amplifier bagi menjalani latihan yang tidak mengganggu orang sekeliling
Namun apa yang paling asas ialah gitar, amplifier(bagi yang membeli elektrik) dan kabel.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA