Bab 1-Jenisan gitar
Pengenalan
Baiklah. Kita bermula. Sebagai bangsa Malaysia, kita pasti mengetahui sedikit sebanyak adat budaya kaum-kaum lain. Pelbagai keterampilan dan keunikan yang pastinya seronok untuk kita perhatikan. Begitulah juga dengan instrumen gitar ini. Gitar juga mempunyai pelbagai variasi, dan untuk skop penulisan ini penulis menghadkan kepada gitar elektrik dan gitar akustik sahaja.
Bahagian ini menerangkan sedikit sejarah, perihal beza antara gitar akustik dan gitar elektrik, pilihan untuk yang baru bermula, jenama gitar, dan bentuk-bentuk gitar.
Sedikit sejarah
Mana bermula dahulu;- ayam atau telur? Dalam kes gitar, jenisan elektrik adalah satu inovasi daripada gitar akustik.
Mengikut sejarah, mendiang Lester Poufolus aka Les Paul The Wizard of Waukesha adalah antara orang yang terawal mencadangkan gitar di pasang dengan sejenis alatan elektronik;-pickup, bagi menguatkan lagi bunyi yang terhasil. Namun mendiang Leo Fender adalah antara yang terawal mengeluarkan gitar elektrik secara mass production.
Namun pembuatan gitar telah lama dilakukan. Antara syarikat yang terkenal dalam penghasilan gitar ialah National, Gibson, Washburn, Epiphone dan lain lain. Dari situlah terhasilnya sejarah panjang keluarga gitar.
Beza antara gitar elektrik dan gitar akustik
Secara fizik, asas gitar ialah leher, badan, ‘bridge’ dan ‘tuning’. Gitar akustik mempunyai saiz ketebalan badan yang lebih tebal tapi kosong di dalam dan rapuh, tatkala gitar elektrik mempunyai saiz badan yang nipis berbanding akustik, berat aka ‘solid body’. Gitar elektrik mempunyai pelbagai elemen/alatan yang membuatkannya lebih seronok dimainkan dan ini akan diterangkan pada Bab 3 kelak.
Namun kerana rungutan pelanggan pada sesetengah gitar elektrik yang berat, wujud teknik ‘chambering’ antaranya yang mengeluarkan dalam beberapa auns kandungan jisim gitar. Teknik-teknik ‘meringankan’ badan gitar ini mempunyai pro dan kontra berkenaan ‘tone’ yang keluar. Walaupun teknik ini dikatakan menghasilkan bunyian yang lebih panjang aka’sustain’, namun bunyi yang dikeluarkan tidak menyerupai bunyian model asal yang dibina secara konservatif.
Tapi bagaimana dengan gitar-gitar arch top yang biasa digunakan pemuzik jazz?
Cara binaan gitar ini digelar ‘arch top’ seperti akustik namun dipasang ‘pickup’ dan ia tetap dipanggil gitar elektrik. Bezanya sedikit ialah gitar arch top selalu mengalami masalah feedback kerana ruang kosong dalam badannya.
Pilihan antara elektrik dan akustik bagi mereka yang mahu bermula
Nasihat penulis ialah;- dapatkan gitar akustik dahulu. Dan anda akan berterima kasih kemudian. Memang gitar akustik sedikit kurang seronok dimainkan bagi mereka yang terpengaruh dengan muzik-muzik arus perdana, namun asas permainan gitar ialah jari yang kuat.
Bermula dengan akustik, ‘tension’ antara tali adalah lebih keras berbanding gitar elektrik kerana disitulah barulah kejelasan bunyi gitar akustik ini kedengaran yang diserap melalui permukaan kayu gitar. Akustik juga menggunakan ketebalan tali;- ‘gauge’ yang lebih tebal berbanding elektrik, disini menambahkan lagi tekanan sewaktu bermain.
Namun diingatkan sekali lagi, kekuatan jari adalah sangat penting dalam membina permainan gitar anda. Jangan terlalu mengikut perasaan kerana lebih baik merangkak tapi berterusan daripada berlari tapi hanya sekali.
Gitar akustik tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti gitar elektrik kerana secara semulajadi gitar akustik cuma mempunyai komponen asas saja dan tidak seperti gitar elektrik.
Pilihan gitar yang sedia ada di Malaysia
Jika anda mahukan sebuah gitar yang murah sebagai permulaan dan digalakkan mencari gitar akustik dahulu, jika mahu, terdapat beberapa jenama yang boleh dipertimbangakan. Ditekankan disini jenama-jenama yang dicadangkan tidak semestinya berkualiti tinggi. Dan jenama yang disenaraikan dibawah mungkin ada atau tidak lagi mudah didapati di Malaysia.
Jenama-jenama akustik yang boleh anda pertimbangkan (disusun secara rawak);-
· Kapok
· Santa Cruz
· Yamaha
· California
· Rhythm
· Evo
· Omiya
· BSL
· Pyramid
· Jervis
· Suzuki
· Epiphone
· Ovation
· Fender
· Gibson
· Ibanez
· Martin
· Taylor
· Dan lain-lain
Dan jenama gitar elektrik yang dicadangkan (disusun tidak mengikut kepentingan);-
· SX
· Squier
· Epiphone
· Santa Cruz
· Ibanez
· Tokai
· LTD
· ESP
· Edwards
· Fender
· Gibson
· Grestch
· Yamaha
· Hamer
· Kramer
· EVH
· Peavey
· Dean
· Music Man
· Jackson
· BC Rich
· Charvel
· Godin
· PRS
· G&L
· Cort
· Fernandes
· Rickenbacker
· Mosrite
· Aria
· Dan lain-lain
Bagi membantu anda yang benar-benar menghadapi masalah dalam membuat pilihan jenama apakah yang perlu dipilih samada kerana kepopularan jenama tersebut, ketersampaiannya dikawasan anda, tidak terlalu mahal, tidak memerlukan penjagaan rapi cukup sekadar pengenalan kepada permainan gitar, pilihan warna, saiz yang ‘universal’, dan paling penting berfungsi, maka saya mencadangkan;-
Untuk gitar akustik;-
· Kapok
· Yamaha
· Santa Cruz
· BSL
· EVO
· Rhythm
Untuk gitar elektrik
· SX
· Squier
· Epiphone
· Ibanez Gio
· Atau mana-mana ‘starter pack’
Bentuk-bentuk gitar
Secara jujur, bentuk-bentuk gitar memang terlalu banyak untuk disenaraikan dalam penulisan ini. Untuk bentuk-bentuk gitar akustik, antaranya;-
· Klasikal
· Parlour
· Dreadnought (6 strings, 12 strings, Single cutaway)
· Jumbo
Manakala untuk gitar elektrik, variasinya bergantung pada syarikat pengeluarnya sendiri, sebagai contoh;-
· Fender-Stratocaster, Telecaster, Jagstang, Jaguar dll
· Gibson-Les Paul, Flying V, Explorer, Firebird, SG dll
· Peavey-Raptor, Wolfgang dll
· Music Man-Wolfgang, Axis dll
· Jackson-Kelly,Dinky, V, dll
· Grestch-Falcon, dll
· ESP-Eclipse, EXP, Phoenix dll
· Ibanez-RG, Prestige, SA, GIO dll
· SX-GG, dll
· Charvel-So Cal, dll
· Dean-ML, Stealth, V, dll
· Dan lain-lain
No comments:
Post a Comment