Ni bukan posting mengeluh. Terfikir juga kenapa bila sesuatu yang aku nak sangat tak dapat-dapat, atau lambat sangat nak dapat.Kenapa hah?
Ok. Cerita ni macam ni.Dulu aku tak pandai langsung bawak basikal.Umur dah 7 ke 8 tahun pun tak reti-reti lagi kayuh basikal apatah lagi nak duduk tegak atas seat tanpa kedua kaki berjejak pada tanah.
Ayah aku beli aku basikal 4 roda.2 roda besar depan belakang dan 2 roda kecik apit roda besar belakang.Cool.Boleh la naik,last-last 2 roda kecik tu bengkok,tapi waktu tu aku dah boleh la mengayuh.Cuma 'willie', 'weekang' dan entah apa lagi akrobatik dengan basikal aku tak pandai-pandai lagi sampai sekarang.
Peringkat naik motor pulak.Aku dulu memang impossible nak bawak motor.Budak-budak kampung ada yang gelak bila aku kata tak pandai bawak.Adik dengan Abang aku boleh bawak pasal sepupu kat kampung ada ajarkan.
Aku tak boleh nak bajet bila nak masuk gear bila bawak motor.Pernah jugak try2 bawak motor Kriss tapi menggigil.Last-last Ayah aku belikan aku motor besar(TZM 150 cc je....).Dari situ aku mahir.Budak-budak yang gelak kat aku dulu tu siap jakun tengok aku bawak motor aku.
Peringkat bawak kereta pulak.Aku dapat lesen B2 dengan D dah lama.2004.Tapi untuk nak bawak kereta tu cukup2 takut.Bila tengok perempuan bawak kereta, aku rasa down.Bila member2 bawak kereta aku rasa lagi down.Tapi dalam hati aku kata 'takpa,sabar je,nanti aku pakai drebar je nak pi mana-mana.'
Sampailah Mak aku belikan adik aku kereta.Nissan 1.6.Entah aku tengok kat bonet belakang kata Pulsar.Aku google keluar Nissan Firebird.Entah apa modelnya.
Aku takut-takut nak bawak kereta tu dekat setahun jugak la.Sampailah satu malam tu, sebelum raya 2010 tu hari, aku nekad.Ajak sepupu aku balik kampung.Aku bawak kereta tu dan dia jadi co pilot.Ok!!!!!Boleh bawak.Alhamdullillah.Isnin minggu lepas aku try bawak van pulak.Dari Tangkak, masuk highway,masuk jalan Simpang-Benut.Boleh bawak.Alhamdullillah lagi.Cuma biasa la amatur lagi.
Selama ni aku takut dengan sesuatu yang tak jelas.Senang gila sebenarnya bawak motor/kereta ni.Rupa-rupanya dengan paksaan pada diri sendiri baru kita boleh berjaya.Lepas ni aku nak bawak superbike pulak.Hehehehehehehehehehehehe..........
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment