1-Koleksi Pepatah Melayu (ada beberapa jilid)- sekarang buku-buku ini telah hilang. Melalui pembacaan buku ini terbentuk pemikiran saya untuk menjadi orang yang lebih baik. Juga menjadi orang Melayu yang tidak malu mengaku berbangsa Melayu. Bangsa Melayu sebenarnya bangsa yang besar tamadunnya.
2-Ghandi-sebuah buku terjemahan. Buku ini juga telah hilang. Terjemahannya sangat bermutu tinggi hingga sukar dicerna jika tiada minat. Sebuah autobiografi Ghandi. Yang menariknya Ghandi mengagumi Islam melalui sifat-sifat Rasullullah saw yang dibacanya.
3-Bumi Manusia-sebuah karya besar oleh Allahyarham Pramoedya Ananta Toer. Carilah buku ini dan anda akan faham. Cinta itu suci. Bahasa yang digunakan meskipun gaya Indonesia namun sangat indah. Kita boleh membayangkan berada dalam isi buku. Ada sedikit bahagian vulgar. Sedikit.
4-Koleksi 25 para Rasul-saya mengulang-ulang baca buku ini pada waktu kecil dan selalu membayangkan para Rasul ini berdakwah dalam kesukaran. Buku ini didapati daripada Ayah saya. Sudah tidak berkulit luar lagi. Sangat tebal kandungannya.
5-Seorang tua di kaki gunung-karya Azizi Abdullah. Menyampaikan beza jurang generasi dan sudut negatif kejayaan seorang anak jika tersilap gaya. Kita boleh merasa udara sejuk di kaki gunung melalui pembacaan buku/novel ini.
6-Natrah-sebuah cerita yang berat untuk seorang anak(itu saya)sekolah rendah. Menyampaikan betapa bersatunya Melayu waktu Islam terancam. Seronok membayangkan percintaan Natrah dan Mansor Adabi. Seorang wanita yang ditarik ke neraka kerana anutan keluarga asalnya.
7-Aca- karya kartunis legenda Ujang. Kekeluargaan penting dalam komuniti Melayu Islam. Harta cuma menjauhkan adik beradik. Kelangsungan dalam hidup sangatlah penting. Jika terpaksa buatlah sedaya cukup.
8-Autobiografi Lee Iacocca dan Lim Goh Tong-saya ada menerangkan sedikit tentang Mr Iacocca dalam tampalan sebelum ini. Mendiang Lim Goh Tong. Seorang miskin dari China yang matinya sebagai bilionair. Genting Highland adalah tinggalan catatannya dalam sejarah Malaysia.
9-Artikel dalam Fortune tentang Herb Kelliher-pengasas Southwest Airlines. Kagum dengan sikapnya yang sangat praktikal dan mementingkan setiap individu dibawahnya hingga pada hal kemudahan skirt yang dipakai pramugari syarikat penerbangannya.
Mungkin masih ada lagi buku-buku yang seronok dibaca oleh saya dahulu. Jika ada kelak saya tambah lagi. Insya Allah.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment