Monday, January 31, 2011

Esok

Keluar ke Restoran Alif di kawasan Bandar Baru Pontian aka Tambak. Sejengkal jarak dari rumah. Nasib budak-budak kampung aku baik. Tidak Tambak jadi kampung nombor 2. Beberapa kawan sudah tiba. Meja penuh dengan gelas,hanset,rokok dan kunci. Kami duduk disatu kawasan tersorok. Selesa.

Semua sudah bekerja. Cuma tinggal aku saja yang Insya Allah akan sambung belajar lagi.Kawan-kawan aku mengusik bila lagi nak kumpul duit nak kahwin, nak ada kereta apa semua. Aku cuma tersengih sedang dalam hati aku mengatakan kita semua ada peranan masing-masing. Sengaja tidak ku luahkan kerana aku tidak mahu mereka fikir aku mahu menunjuk pula. Entahlah.

Daripada satu hal ke satu hal kami berborak. Ketawa juga terkenangkan zaman sekolah dulu.Waktu mahu pulang seorang daripada kami menjemput ke majlis pertunangannya. Jalan hidup masih jauh lagi.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA