Sunday, January 30, 2011

TINGKATAN ENAM-PELUANG MEMASUKI UNIVERSITI

1-Tujuan tampalan ini bermula pabila seorang rakan bertanya pendapat saya berkenaan Tingkatan Enam (Form 6) melalui Facebook baru-baru ini.

2-Jujurnya saya dahulu menganggap jatuh bangun seseorang ditentukan melalui SPM-SIJIL PELAJARAN MALAYSIA mengikut acuan masyarakat semasa(yang klise). Tidak. Ini tidak benar sama sekali.

3-SPM saya bertaraf teruk, bukan untuk memburukkan diri sendiri, maka itu saya memasuki Tingkatan Enam (di Sekolah Menengah Datuk Penggawa Barat Pontian) tatkala kawan-kawan lain sibuk memasuki matrikulasi, politeknik, universiti dalam dan luar negara, kahwin, dan lain-lain.

4-STPM maknanya SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA maka ia pasti TINGGI tarafnya berbanding SPM. Logikkan? Maka ia sama setaraf dengan DIPLOMA? Ia lebih baik lagi. Kerana Tingkatan 6 juga dianggap PRA-U.

5-Sebelah kaki sudah pun di universiti apabila anda memasuki Tingkatan Enam.

6-Saya perhatikan ramai bangsa Cina ,yang selalu dikatakan pandai mengambil peluang, memasuki Tingkatan Enam dan majoritinya di kelas Sains. Bangsa saya, Melayu, majoritinya di kelas Sastera. Tiada beza besar pun kerana kedua-duanya mempunyai sejarah tersendiri dalam tamadun manusia.(Ingat Gilgamesh?)

7-Kita merasa rendah diri tidak lain kerana kita sendiri yang merasa rendah diri. Itulah apa yang saya rasakan selepas mendapat keputusan SPM dahulu pada tahun 2003.

8-Tapi kenapa mesti saya berputus asa? Maka sebaik saja sampai tawaran memasuki Tingkatan Enam, saya menerimanya dengan senang hati kerana pada waktu itu saya tidak tahu mahu ke mana. Saya hampir memasuki Giatmara namun rezeki saya di Tingkatan Enam.

9-Memang akan wujud rasa rendah diri bila mendengar kawan-kawan berjaya memasuki matrikulasi dan ada yang belajar diluar negara melalui JPA. Saya terlupa pada waktu itu yang rezeki diperuntukkan pada bahagian masing-masing dan kita ada tugas tersendiri didunia ini.

10-Alhamdullillah melalui STPM saya berjaya memasuki universiti TERBAIK di Malaysia-APEX UNIVERSITY;- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.

11-Mesejnya disini-Tingkatan Enam adalah peluang yang sama taraf dengan apa-apa saja selepas SPM malah lebih selesa kerana sebab-sebab yang akan diketahui hanya setelah diri sendiri memasukinya.

12-Yang penting jangan putus asa, usaha terbaik dan jangan lupa penglibatan aktiviti luar akademik(yang memberi tambah nilai pada sijil).

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA