Wednesday, January 12, 2011

(SEDIKIT) PENGHARGAAN UNTUK CELCOM

1-Sekarang saya agak berpuashati(sedikit) dengan perkhidmatan Celcom BB yang dilanggan saya.

2-Jika dahulu untuk mendapatkan talian 3G/HSDPA adalah mustahil sama sekali di kampung saya di Pontian, Johor(cuma pada waktu malam dikala tiada tanda-tanda nak hujan. Begitu pun berapa kali sangat hari tak hujan menjelang hujung tahun?), sekarang pada waktu siang ke petang hingga ke malam sampai ke Subuh pun bolehlah bermain sembunyi-sembunyi dengan talian 3G/HSDPA. Bolehlah.

3-Tidaklah perlu saya bertembung dengan Pontianak diluar rumah waktu malam tatkala mencari talian 3G/HSDPA(nyaris terjadi).

4-Begini barulah betul terasa (sedikit)berbaloi membayar RM98.00 setiap bulan. Sebelum ini terasa seperti bersedekah pada orang kaya rasanya. Bagaimanapun saya berterima kasih dengan rebat sebulan yang diberi.

5-Begitupun saya tidak akan teragak-agak membuat aduan lagi (terutama pada SKMM dan di blog wartawan 999 Encik Mazidul Akmal Sidik) jika berlaku lagi masalah sebelum ini atau masalah(-masalah) baru.

p/s-waktu menulis tampalan ini pun talian terputus seketika. Baru puji (sedikit) buat hal lagi.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA