Thursday, January 27, 2011

Si Pelangi Petang

Sejak semalam aku perhatikan gadis itu. Langkahnya molek, pakaiannya rapi putih bersih,wajahnya manis dengan senyuman dan kaca mata berbingkai penuh. Kulit putih Melayu. Aku cuma sekadar memerhatikan.

Fikirku dalam-dalam mungkin orang luar yang menyinggah sebentar melawat saudara di sini.

Malam selepas Isyak, aku duduk di luar rumah. Sepupu dan Abang tua aku sudah hilang ke mana berjalan. Aku memang jarang keluar bergaul dengan budak muda kampung sementelahan aku pernah duduk di asrama makin melayakkan aku seperti kera sumbang.

Aku tidak sombong begitu juga mereka yang lain, cuma masa menyekat.

Aku masuk ke dalam sebentar mengambil gitar Yamaha F210 warna natural dan ubat nyamuk sekeping teman ku di luar,pasti dibakar dulu sebelum dibawa keluar. Emak Ayah menonton T.V dibawah kipas lelangit ruang tengah rumah. Biar mereka, mereka juga tidak mempedulikan aku yang berjalan semula ke luar rumah. Klise setiap hari.

Mengambil tempat diatas bongkah simen yang dibuat bangku, ku lihat kejauhan sebuah MPV melalui jalan. Orang luar.Penduduk kampung sini tidak sekaya mana untuk membeli kenderaan mewah melainkan anak masing-masing yang sibuk berhabis duit mengemas rupa motorsikal. Aku menala tali gitar sambil melihat-lihat MPV tersebut. Berhenti memasuki simpang di belakang sana.Aku tenggelam dalam muzik kemudian.

Rasanya hampir jam 11 lebih. Nyamuk-nyamuk masih banyak menghisap darah, aku pun bangun bergerak ke dalam. Dari dalam rumah, ku lihat suluhan cahaya.MPV tadi.

Esoknya, usai membersihkan rumah mini si kucing yang 16 ekor, aku lihat gadis itu lagi. Hati aku dah lama mati pada rasa berdua. Cuma kali ini gadis itu terasa menarik perhatian kaca mata ku.

Itu kali terakhir aku melihatnya. Petang demi petang berlalu. Seekor ibu kucing melahirkan 3 ekor anak. Nah itu teman-temanku sekarang di rumah. 5 ekor sebenarnya dan bakinya ku kubur dibelakang rumah. Buat baja.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA