Sunday, February 20, 2011

Manis

Senyum. Itulah dia. Jiran belakang taman. Bila aku teringatkan dia cuma senyuman manisnya saja yang aku teringat. Putih mulus. Sopan. Bertahi lalat didagu. Menariknya ada kesan hitam tanda sujud didahi. Jelas terlihat.

Senyum. Tatkala aku memandangnya. Ku balas dengan senyum juga. Bersedekah senyum tiap kali berjumpa. Keluarganya orang baik-baik. Ibunya mengajar Al Quran. Ayahnya pula sering mengikut jemaah tabligh selain berniaga. Abangnya seorang ustaz. Adiknya pula belajar di UKM. Yang paling bongsu disekolah menengah. Dia pula lulusan Pengajian Islam UM.

Senyum. Kali terakhir aku tahu khabarnya dia sudah dipinang orang. Aku hanya tersenyum-senyum. Mungkin mencari yang lain atau terus menunggu.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA