1-Sambungan tampalan- http://si-kilat-senja.blogspot.com/2011/02/penganiayaan-permohonan-online-upu.html
2-Hari ini-24 Februari 2011, Emak saya menelefon dan memaklumkan yang Adik saya memberitahu 12 rakannya berhenti pengajian dan seorang dibuang oleh pihak Matrikulasi kerana masalah yang dinyatakan seperti pada link diatas. Nasib Adik saya sekarang tidak dapat diketahui.Saya cuba menghubunginya namun gagal hingga waktu tampalan ini ditulis.
3-Sebabnya mereka berhenti dan dibuang kerana dikatakan telah tiada harapan masuk Universiti,begitulah yang saya dimaklumkan.
4-Emak memaklumkan seorang rakan sekerjanya turut mengesahkan perkara ini. Anak rakan sekerja Emak saya sekarang satu Matrikulasi sama dengan Adik saya. Bezanya anak rakan sekerja Emak saya itu ada rekodnya pada pihak KPT. Sekali lagi dinytakan disini-28 orang tiada data mereka pada pihak KPT,maka hal ini bukannya kerana kecuaian 28 orang ini melainkan pihak yang menyediakan permohonan online itu sendiri-KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI.
5-Apa ke gilanya pihak Matrikulasi ni?Sudahlah mereka-mereka ini termasuk adik saya teraniaya begitu,sekarang berisiko dibuang pula.
6-Agaknya beginilah perasaan dizalimi mereka yang berkuasa. Saya memang sangat marah kerana hal ini berkaitan masa depan Adik saya. 'Mereka' yang menelan duit pembelian nombor unik ID ini saya tidak tahu dimanakah mereka sekarang tatkala masalah telah berlaku.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment