Aku melepak bersama kawan-kawan sekampung di gerai Awe Kelate. Ada yang kata Awe ni orang Siam. Entahlah. Yang penting ukhuwah sesama Islam. Teh ais segelas dan melepak berjam-jam. Awe pun tak kisah kerana kami dianggap lebih daripada pelanggan. Ini yang seronok melepak ramai-ramai di kedai beliau. Ini selepas solat Isyak.
Kami melayan Astro. Memandangkan di rumah aku memang tiada langganan siaran berbayar, maka aku biarkan kawan-kawan memilih saluran pilihan. Cerita Cina Hong Kong.
Pesan lagi air setiap seorang, yang lebih murah sikit-sirap,teh tarik.
Jam hampir ke pukul 1 pagi. Aku bertanya pada Awe "We, kawan nak tanya ni. Sepanjang berniaga ni takda ke apa-apa gangguan?". Awe menjawab "Maksud demo oghe main kotor?Sihir?"
"Ha gitu la" balasku. "Setakat ni takdo gi, tapi kalu saing(kawan) kawe(aku/saya) ado la berkait sihir ni..".
"Ce cite,ce cite" sampuk Abang anak Makadi kerani sekolah, kawan sekampung. 3 meja kami semua sekawan.Tiada pelanggan lain lagi.
"Dia gi jupo Tok Cha, sami Buddha, nok mitok(minta) buek(buat) sihir kek oghe lain, biar lingkup kedai oghe(orang) tu..." balas Awe sambil matanya melirik melihat kaca TV.
"Dia ghoyak gini pada Tok Cha-alasan dia la- kesian kek peniaga-peniaga kecil lain, terutama oghe Melayu kita, yo la, oghe kita meniaga kecik-kecik ajo, takdo pitih(duit) nak bukak kedai besar-besar,macam kawe la. Maghi oghe bukak kedai-kedai besar, susah la hok yang meniaga kecik-kecik ni, macam kawe lagi la." sambung Awe.
"Lepas tu?" tanya seorang lagi kawan sekampung. Yang lain-lain mula memasang telinga.
"Tok Cha pun kata berehhhhh....." Awe tersenyum dan menggulung rokok daunnya, sambil meminta lighter.
Zroommmmmm. Sebuah Waja Evo wannabe melintas laju ditengah jalan. Mentang-mentang jalan kosong. Kedai Awe ini sangat strategik duduknya. Awe kemudian menyambung semula.
"Tapi sebelum tu Tok Cha tu nak tau la sapa nama peniaga tu atau nama kedai yang nak disihir tu..." terang Awe lagi.
"Siapa We?" tanya aku semakin berminat.
Awe diam sekejap.
3 saat kemudian......
"KFC sama Mc Donald".
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment