Lokasi-SMTBP
Spesifik-5 KEJURUTERAAN AWAM 2
TAHUN-2003 (beberapa bulan menjelang SPM)
Suatu masa dalam kelas. Ustaz Farhan mengajar. Kelas Pendidikan Islam. Aku seperti biasa duduk dibelakang kelas, tempat aku. Disebelah kiri kawan ponteng dan sekepala-Halim. Menyalin dan menyalin apa dibacakan oleh Ustaz Farhan. Salin salin salin.
Jujurnya-aku keletihan dengan metod begini. Tapi aku perlu tekankan disini, sampai sekarang aku sangat menghormati Ustaz Farhan. Noktah.
Sesuatu yang aku ingati sampai sekarang-berkenaan dengan sifat Yahudi yang mahu menunda kiamat.
Tak silap aku Ustaz Farhan membaca hadis yang lebih kurang begini- Takkan kiamat hingga padang pasir kembali menghijau. Ustaz Farhan mengatakan tentang projek dijalankan orang-orang Arab yang menyuburkan tanah gersang padang pasir menjadi permukaan hijau untuk pertanian. Ini bertepatan dengan hadis tadi.
Aku spontan bertanya 'Kalau macam tu janganlah diteruskan projek tu'
Dibalas Ustaz Farhan dengan selamba 'Kalau begitu samalah dengan apa yang Yahudi buat pada batu terapung. Untuk mengelakkan kiamat terjadi yang mana Yahudi percaya jika batu terapung tersebut jatuh ke bumi kelak akan kiamat, maka mereka para Yahudi meletakkan tiang sokongan dibawahnya'.
Begitulah lebih kurang dialong Ustaz Farhan. Maaf kalau aku tersalah. Dah 8 tahun dah. Kiamat akan tetap terjadi. Apa pun tipu daya manusia, hebat lagi perancangan Allah Yang Maha Hebat.
EDU-kasi: Anak Angkatku, Mohd Aiman
1 week ago
No comments:
Post a Comment