Tuesday, March 29, 2011

Al-Waqi’ah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya

  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
  • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya. Niatlah kerana Allah SWT.

http://alivewire.wordpress.com/2007/06/09/khasiat-surah-al-waqiah/

Surah Al-Waqiah (dalam tulisan rumi)


1. Itha waqaAAati alwaqiAAatu
2. Laysa liwaqAAatiha kathibatun
3. Khafidatun rafiAAatun
4. Itha rujjati alardu rajjan
5. Wabussati aljibalu bassan
6. Fakanat habaan munbaththan
7. Wakuntum azwajan thalathatan
8. Faashabu almaymanati ma ashabu almaymanati
9. Waashabu almashamati ma ashabu almashamati
10. Waalssabiqoona alssabiqoona
11. Olaika almuqarraboona
12. Fee jannati alnnaAAeemi
13. Thullatun mina alawwaleena
14. Waqaleelun mina alakhireena
15. AAala sururin mawdoonatin
16. Muttakieena AAalayha mutaqabileena
17. Yatoofu AAalayhim wildanun mukhalladoona
18. Biakwabin waabareeqa wakasin min maAAeenin
19. La yusaddaAAoona AAanha wala yunzifoona
20. Wafakihatin mimma yatakhayyaroona
21. Walahmi tayrin mimma yashtahoona
22. Wahoorun AAeenun
23. Kaamthali allului almaknooni
24. Jazaan bima kanoo yaAAmaloona
25. La yasmaAAoona feeha laghwan wala tatheeman
26. Illa qeelan salaman salaman
27. Waashabu alyameeni ma ashabu alyameeni
28. Fee sidrin makhdoodin
29. Watalhin mandoodin
30. Wathillin mamdoodin
31. Wamain maskoobin
32. Wafakihatin katheeratin
33. La maqtooAAatin wala mamnooAAatin
34. Wafurushin marfooAAatin
35. Inna anshanahunna inshaan
36. FajaAAalnahunna abkaran
37. AAuruban atraban
38. Liashabi alyameeni
39. Thullatun mina alawwaleena
40. Wathullatun mina alakhireena
41. Waashabu alshshimali ma ashabu alshshimali
42. Fee samoomin wahameemin
43. Wathillin min yahmoomin
44. La baridin wala kareemin
45. Innahum kanoo qabla thalika mutrafeena
46. Wakanoo yusirroona AAala alhinthi alAAatheemi
47. Wakanoo yaqooloona aitha mitna wakunna turaban waAAithaman ainna lamabAAoothoona
48. Awa abaona alawwaloona
49. Qul inna alawwaleena waalakhireena
50. LamajmooAAoona ila meeqati yawmin maAAloomin
51. Thumma innakum ayyuha alddalloona almukaththiboona
52. Laakiloona min shajarin min zaqqoomin
53. Famalioona minha albutoona
54. Fashariboona AAalayhi mina alhameemi
55. Fashariboona shurba alheemi
56. Hatha nuzuluhum yawma alddeeni
57. Nahnu khalaqnakum falawla tusaddiqoona
58. Afaraaytum ma tumnoona
59. Aantum takhluqoonahu am nahnu alkhaliqoona
60. Nahnu qaddarna baynakumu almawta wama nahnu bimasbooqeena
61. AAala an nubaddila amthalakum wanunshiakum fee ma la taAAlamoona
62. Walaqad AAalimtumu alnnashata aloola falawla tathakkaroona
63. Afaraaytum ma tahruthoona
64. Aantum tazraAAoonahu am nahnu alzzariAAoona
65. Law nashao lajaAAalnahu hutaman fathaltum tafakkahoona
66. Inna lamughramoona
67. Bal nahnu mahroomoona
68. Afaraaytumu almaa allathee tashraboona
69. Aantum anzaltumoohu mina almuzni am nahnu almunziloona
70. Law nashao jaAAalnahu ojajan falawla tashkuroona
71. Afaraaytumu alnnara allatee tooroona
72. Aantum anshatum shajarataha am nahnu almunshioona
73. Nahnu jaAAalnaha tathkiratan wamataAAan lilmuqweena
74. Fasabbih biismi rabbika alAAatheemi
75. Fala oqsimu bimawaqiAAi alnnujoomi
76. Wainnahu laqasamun law taAAlamoona AAatheemun
77. Innahu laquranun kareemun
78. Fee kitabin maknoonin
79. La yamassuhu illa almutahharoona
80. Tanzeelun min rabbi alAAalameena
81. Afabihatha alhadeethi antum mudhinoona
82. WatajAAaloona rizqakum annakum tukaththiboona
83. Falawla itha balaghati alhulqooma
84. Waantum heenaithin tanthuroona
85. Wanahnu aqrabu ilayhi minkum walakin la tubsiroona
86. Falawla in kuntum ghayra madeeneena
87. TarjiAAoonaha in kuntum sadiqeena
88. Faamma in kana mina almuqarrabeena
89. Farawhun warayhanun wajannatu naAAeemin
90. Waamma in kana min ashabi alyameeni
91. Fasalamun laka min ashabi alyameeni
92. Waamma in kana mina almukaththibeena alddalleena
93. Fanuzulun min hameemin
94. Watasliyatu jaheemin
95. Inna hatha lahuwa haqqu alyaqeeni
96. Fasabbih biismi rabbika alAAatheemi


http://guidedways.com/chapter_display.php?chapter=56&translator=6&mac

p/s-seeloknya baca mengikut arab Al Quran.

5 comments:

Hafiz Apit said...

Boleh tolong post surah al-mulk dalam rumi

jaini jay said...

Ithaa ke izaa....bodo

jaini jay said...

Kejap besar kejap kecik huruf...bodola sape buat ni..

qaqa vic said...

Huruf besar menandakan huruf "Ain". Jgn bodohkan orang kalau diri sndiri pun tak berapa cerdik

MFTAQIYUDDIN said...

Assalamualaikum. Saya mula amal Al Waqiah ini pada 2011 semasa PhD di UTHM Batu Pahat. Kali pertama amal itu memang merangkak nak baca. Saya print A4 (tulisan Arab) dan tampal di lemari. Mula mula memang perlahan saja baca.

Pengalaman saya dengan surah Al Waqiah ini-

1-Baca dalam solat Dhuha. Habis solat, YPJ telefon tanya tentang permohonan biasiswa.
2-Umrah percuma tahun 2014, tajaan Sakan. Kali pertama baca 41 kali Al Waqiah sekali duduk semasa di depan Kaabah.
3-Rahsia.
4-Rahsia.
5-Rahsia.
6-Rahsia.
7-Rahsia.

Dulu awal awal memanglah merangkak baca. Sekarang Alhamdulillah lancar. Hat rumi atas itu terjemahan terus daripada ejaan Urdu. Saya cari di internet untuk inisiatif orang macam Jaini Jay tu. Oh bodoh rupanya kau ni. Tak ada adab ke? Bodo 41 kali untuk kau.

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA